terkini....

MCA mahu Akta Media Cetak disemak semula
February 19, 2011

Dr Chua berkata landskap media telah banyak berubah. —
KUALA LUMPUR, 19 Feb — MCA menyarankan penubuhan sebuah panel bagi menyemak semula Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 supaya Menteri Dalam Negeri tidak diberi kuasa mutlak atau budi bicara dalam melulus atau membatalkan permit penerbitan.

Friday, August 21, 2009

salam ramadhan...

esok menjelang le ramadhan yg ditunggu2. cuma kali ni berbeza dari yg sudah2. kali ni pusat nyambut sorang2 di rumah. sahur ape ye nanti... harap2 pusat bersahur sebelum subuh.. tak mo le bersahur pukul 8... hehehehe

mrs masih di hospital. doktor memungkinkan terpaksa buat pembedahan minggu depan. tp belum dapat black & white. harap2 semuanya ok walaupun sukar. pusat memang dah dapat terima berita buruk. dah bersedia. harap mrs ok dan sekiranya tak ok diharapkan dia bersedia menerima berita buruk.

esok mak pusat akan datang. actually pusat tak pernah bgtau kat mak pusat cerita sebenar. cerita sakit yg mrs tanggung. bukan je pusat masih berkias di blog ni. hanya mertua pusat je tahu cerita sebenar.

sempena ramadhan ni, bulan berkat ni. pusat harap dapat doa2 dari kawan2 blog dan pembaca2 blog untuk kesihatan mrs. jd sebelum tu mestila pusat terpaksa bgtau cerita sebenar kan... ermmm...

actually mrs bebaru ni gugur kali ke empat. ada masalah kat situ ler... bila di tanya doktor kemungkinan mengandung... doktor geleng kepala je. dah diikat pun salur tu. bukan tu saja mrs juga bermasalah di saraf belakang. berkaitan dengan tulang belakang juga. dah lama benda ni berlaku. cuma belum dikesan. dah dekat sebulan mrs bergantung sepenuhnya berkerusi roda. sebelum ni mrs pernah keguguran sebab terjatuh. keguguran yg kedua. mungkin masalah belakang tu ada kaitan kot.

nanti pusat sambung ler.... blur le pulak... selamat berterawih... salammmm...

Thursday, August 20, 2009

minggu kalut...

minggu ni byk juga peristiwa berlaku.... yg pentingnya

1. mrs masuk spital semula.... kesakitan tulang belakang berlaku lg. nak gerakkan kaki pun terjerit2.... ni dah masuk hari kedua di spital...

2. chef berenti... wakakaka... bukan chef... tp tukang masak yg berenti.... nasib baik ada pengganti.. actually pusat dah tahu sebelum dia berenti lg... ada pekerja lain bgtau... dia nak cuba up kan gaji dengan cara ugut nak berenti.... silap org le beb... bila dia kabo je kat pusat terus je pusat ckp ' nak buat mcm mana... tak per la... leh cari org lain'.. hehehe... berubah muka dia masa tu. terlajak perahu boleh di undur....

3. member lama mati mengejut... tetiba terjatuh.... bukan serangan jantung... bukan strok... tetiba jatuh dan meninggal dunia...

Friday, August 14, 2009

alhamdulillah...

hari ni mrs dah boleh menggunakan tongkat untuk berjalan. walaupun bertatih2 tp alhamdulillah dah nampak kemajuan rawatan fisioterapi. harap2 raya haji nanti mrs boleh pulih sepenuhnya walaupun peratusan terlalu rendah... wish her luck... hehehe...

Sunday, August 9, 2009

bonus

tadi ada staff meeting. ada diantara staf sudah mula mencongak2 bonus untuk tahun ini. salah seorg staf dengan muka macho bangun dan bertanya kepada pengurusan bilakah masa pihak pengurusan bankin bonus... aik? ade ke bonusnye. pepandai tanya bila pengurusan nak bankin duit.... actually kalau ikut congak2 keuntungan separuh pertama memang akan ada bonus. cuma tak tahu berapa byk. pusat rasa around 1 bulan atau yg paling teruk setengah bulan... huhuhuh. bonus akhir tahun tak ada kot.

bukan kedekut tp byk kerja sangkut. payment macam siput. hamper untuk client lg. ada yg minta downpayment waja tu. isk isk... zaman gawat mcm ni pun ada yg berani minta mcm tu.... bab2 under table ni pusat dah tak campur. pusat dah serahkan pada pn ja. harap2 takde sesapa yg berani minta. ada yg pedih telinga nanti.

Thursday, August 6, 2009

raya di spital?

tadi dapat call dari spital. doktor dah setkan tarikh operation mrs iaitu pada 18 september... ???????? raya 20 september. pusat minta rayuan supaya di injakkan tarikh. tapi doktor cakap tak boleh di injakkan lagi. sebab pakar saraf free ketika tarikh itu. ermmm pusat agak bukan sebab free masa tu... mungkin dia dah apply cuti seminggu untuk raya kot... takpe lah.. tak baik bersangka buruk... ikut je lah tarikh tu..

mrs pun dah baik dari demam. dia pun dah tak mahu tunggu lama2 lg. lebih baik operate cepat. opis dia dah mula menyalak-nyalak. dah le kat opis tu takde kemudahan untuk org mcm mrs. di suruh cuti tanpa gaji pulak tu.... buat masa ni kami masih bertahan.

Wednesday, August 5, 2009

mrs demam

tetiba je tengah malam tadi mrs demam... terpaksa usung ke klinik.... azab weh....dia tak larat bergerak... dari tingkat atas berdukung sampai dalam kereta.. tu belum di kira dari kereta kedalam klinik... doktor pun terkejut.... dia ingatkan kemalangan...

nak buat camner.. mrs masih belum boleh berjalan.... terpaksa kongsi kaki nih.... pas balik dok mengerang jer.... panas sgt kot nyer.... sampai pukul 1 pagi tadi sekarang jam 5.36 pagi baru tido. tadi pusat ngantuk sgt tp sekarang tetiba mata tak leh lelap.... adei....

Tuesday, August 4, 2009

1gula

wehh.. ape cerita nye ni... gula telah dihilangkan dari pasaran...
jenuh pusat nak kumpul stok ni....
nampak gayanya ada org nak kaya cepat nih....
geng2 1malaysia masih tidur ke apa ni...
gula mula lesap nih wehhh...

Monday, August 3, 2009

kad kredit punya ceriter...

semalam kami ke kuala trengganu bershopping... inilah kali pertama kami bershopping setelah mrs berkerusi roda nih. azab rupanya golongan kurang upaya. nak kesana kesini perlu ada perancangan. silap haribulan tersangkut... kalau tetiba di depan tu tangga?.... terpaksa pusat survey dulu sebelum bergerak kemana2.

masa shopping tu dalam poket pusat cuma ada rm350 jek... dah isi petrol jadile rm300. awalnya mrs suruh la keluarkan duit... tp pusat tangguh.. 'takper kat giant tu ada atm... no halnyer'...
shopping punya shopping kami pun ke kaunter.... rm270.

mrs - bawak tubik kad tu
pusat - takpe... guna cash...
mrs - kare nok guna pitih tu
pusat - ala jgn riso.... sy tau apa yg sy buat..
lepas tu kami makan le di warung... pekena laksa asam dan nasi kerabu.... sempat juga mrs komplen kat peniaga... komplen pencelup terlebih letak... huhuhuh... takper le.. lantak .. pusat makan laksa....... mrs ckp kelantan... akak tu pulak ckp trengganu... lantak ler....masa on the way balik... singgah beli kepok.... adala dalam rm40... keropok lekor... keropok keping... budu... pencicah... ermmmhehehe... masa nak baya... hahaahaha... duit takder...
mengamuk le mek kelate tu... bok bek bok bek bahasa dia.... ater.. manele teman sengaja mek.. teman lupa.... kedai tu pulak tak terima kad ....memalukan betoi... terpaksa ke chendering semula keluarkan duit di bsn...

moral of the story... kad kredit adalah kemudahan gunalah ia sebijaknya kira dalam bahasa omputeh.. fish are friend, not food

Sunday, August 2, 2009

yasmin

semalam pusat menonton satu filem arahan arwah yasmin ahmad di tv3. tak pasti cerita apa. pusat pun bukan suka sgt cerita2 begitu. cuma cukupkan syarat temankan mrs jeks. sambil2 tu pusat bertenet. pusat tak tengok sgt cuma pusat membaca utusan sms yg bersimpati dengan arwah. ada satu sms yg sungguh lawak.. dah lupa ayat nya tp lebih kurang macam ni 'moga Allah cucuri rahmat kepada roh yasmin hamid'.. hahahaha.. editor/moderator tertido kot... hahahah

ramai yg ckp itu ini setelah beliau meninggal. ada yg cakap dia lelaki ler... dia tukar jantina ler... ada yg cakap dia khunsa ler.... malah ada yg tetiba mengaku peminat dia pun ada.. pusat memang tak minat langsung dengan karya dia tapi pusat tak pernah pun memperlekehkan karya dia atau bercakap2 pasal kisah hidup dia.

cuma pusat nak bg satu pendapat tentang khunsa yg pusat pikir logik le juga. zaman tu kita berpegang kepada pilihan samada perempuan atau lelaki . sekiranya lebih kepada perempuan pilihla perempuan. sekiranya lebih kepada lelaki pilihla lelaki. zaman tu manele popular ujian kromosom nih....

yg pastinya amal baik tetap akan diberi ganjaran walaupun kita telah mati tetapi apa yg buruk sebenarnya akan terhenti apabila kita mati. oleh itu jgn kita nilai siapa dia adalah lebih baik kita menilai siapa kita.