terkini....

MCA mahu Akta Media Cetak disemak semula
February 19, 2011

Dr Chua berkata landskap media telah banyak berubah. —
KUALA LUMPUR, 19 Feb — MCA menyarankan penubuhan sebuah panel bagi menyemak semula Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 supaya Menteri Dalam Negeri tidak diberi kuasa mutlak atau budi bicara dalam melulus atau membatalkan permit penerbitan.

Sunday, September 27, 2009

berbaloi baloi...

mengecewakan sungguh. dah beli hadiah besar dah. memang dah rancang nak ke majlis perkahwinan member baik khamis lepas. tp apakan daya...pusat tak dapat pergi ke kenduri kawin kawan sebab talian yg berbaloi2 tu buat hal. memang dah sampai di bandar yg dimaksudkan. tp tak tahu arah nak di tuju. call member2 dari pukul 11 pagi sampai 3 petang. tak dapat2. bila buat auto redial boleh le juga dapat. tp bercakap macam dalam ribut. tak dengar. kesudahnya pusat lepak di pantai batu buruk. jalan2 cari jodoh!

dalam dua hari juga lah talian berbaloi2 tu buat hal. dalam harian metro cakap cuma 12 jam. ye ker? nasib baik pusat tak pakai talian berbaloi2 tu. di beritakan talian breakdown sebab penggunaan lebih lima kali ganda. nampaknya talian panas yg pusat guna takde pelanggan. patutla line takde masalah masa raya. huhuh

tanpa pengawet...

raya kedua aritu pusat dikunjungi kawan lama dari kl. dah jadi usahawan berjaya pun dia. tahniah. pusat panggil dia ropin. si ropin dah ada perusahaan minuman kesihatan. mungkin tak berapa terkenal di pasaran sgt. tp tersangat laku dalam pasaran jualan langsung.

sambil sembang2 dia tunjuklah kat pusat minuman yg dimaksudkan. setelah diteliti, di belek belek... wah... ada tulisan 'tanpa bahan pengawet'. 'wah hebat nih! syarikat pengeluar minuman terbesar pun ada pengawet!'

' hehehe....ada pengawetnye yeop, cuma skit jer.'

ceh....