terkini....

MCA mahu Akta Media Cetak disemak semula
February 19, 2011

Dr Chua berkata landskap media telah banyak berubah. —
KUALA LUMPUR, 19 Feb — MCA menyarankan penubuhan sebuah panel bagi menyemak semula Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 supaya Menteri Dalam Negeri tidak diberi kuasa mutlak atau budi bicara dalam melulus atau membatalkan permit penerbitan.

Tuesday, June 30, 2009

kisah minggu ini....

kamal adalah antara staf cemerlang tempat kerjanya. dia kerap dipilih sebagai pekerja contoh dan kerap dirujuk sekiranya berlaku apa-apa masalah di tempat kerja. berumur 35 tahun beristeri satu dan beranak 3, dia digelar seorang yang workaholic. semua kerja2nya selalunya disiapkan sepertimana dikehendaki. habis sahaja waktu kerja selalunya dia akan terus pulang ke rumah.

isterinya seorang surirumah. walaupun berijazah tetapi beliau mahu menjaga anak2 sendiri tanpa memberi upah kepada pengasuh. padanya anak2 dan kamal perlu dijaga dengan tulang empat kerat.

tetapi baru2 ini kamal mula berubah. pulang dari kerja pun lewat, kadangkala sehingga jam 11 mlm. alasannya kerja byk. hari jumaat pun dia tidak berada dirumah. keutamaan kerja di pejabat melebihi anak2.

oleh kerana mula diabaikan suami, nisa iaitu isteri kamal menghubungi majikan suaminya. oleh kerana majikannya rapat dengan mereka sekeluarga, nisa mengambil kesempatan untuk merayu supaya kamal diberi sedikit ruang untuk bersama keluarga sekali seminggu.

terkejut besar majikannya apabila mendapat tahu kamal menghabiskan masa di pejabat sehingga lewat malam walaupun punch card kamal memang menunjukkan kamal keluar opis pukul 5.05 petang setiap hari.

apa yg dibuat kamal sehingga sanggup menjadikan syarikat sebagai alasan pulang lewat? majikan kamal menyiasat dan ternyata kamal telah menjalin hubungan dengan seorang pekerja syarikat. pertemuan antara majikan, kamal dan pekerja wanita berkenaan telah dibuat. majikan bermurah hati untuk menukar pekerja wanita berkenaan ke cawangan lain.
kamal? ermmm... sampai sekarang kami berbelah bagi apa tindakan yang sesuai dilakukan.
apa nak buat ye?

Wednesday, June 17, 2009

temuduga terbodoh......

pagi tadi pusat buat discussion tentang kerja di sykt kawan pusat... bila selesai je kawan pusat ada membuat sesi temuduga untuk jawatan kerani di syktnya.... tah mcm mana dia dapat emergency call dari isterinya. oleh kerana tiada senior di syktnya ketika itu... dia meminta jasa baik pusat untuk menggantikannya dalam sesi itu.

awalnya pusat menolak kerana pusat tidak tahu apa kriteria calon yang dia inginkan. tetapi memandangkan ada dua orang staf nya turut hadir sesi... pusat tidak mampu menolak...

penemuduga A - seorang pengurus
penemuduga B - pembantu kepada A

pada pemerhatian pusat kedua2nya tidak berkelayakan menemuduga calon... tetapi pusat tak tahu apa hujah boleh mempersoalkan kelayakan mereka

calon hanya ada tiga orang untuk mengisi satu kekosongan jawatan kerani

sebelum calon masuk kedua2 penemuduga itu sudah bercakap-cakap untuk memilih yang paling cantik diantara bertiga. satu perkara yang malang akan berlaku kepada calon2 yang kurang cantik. masuk je calon pertama mereka menyoal calon dengan soalan2 bodoh.. antaranya

- sekolah dimana
- dah kawin atau belum
- kenal tak guru bernama polan bin polan
- suka makan apa
- dah ada bf atau belum

masya allah.... giler ke apa diorg tu.. memalukan.... nampaknya penemuduga perlu dihantar untuk ditemuduga semula.... kesian sungguh calon...
untuk mengelakkan benda memalukan terus berlaku... pusat terlepas ckp.. di ulangi terlepas cakap...
' korang ni bodoh ke?... baca la resume sebelum nak interview...'

terkejut kedua2 penemuduga dan calon.

pusat bangun dan beredar.....

Saturday, June 13, 2009

update...

lama tak ubdate blog... bukan nye merajuk atau bosan, tapi pusat memang sibuk kebelakangan ni. sibuk dengan kerja, kenduri-kendara, kesihatan is3 dan lain-lain.
bebaru ni sprm datang siasat opis pusat. memang takut le juga. rasa nak pengsan je bila dapat tahu nak diadakan siasatan. byk le dokumen2 nak di sediakan atau di'ejas'. huhuhu... ape pun bukan pusat yang disiasat. tapi seseorang penting yg berkepentingan dalam byk kawasan perniagaan dan politik.
salam takziah kepada keluarga kak liya atas kehilangan datuk saudara tersayang. bila dilihat foto datuk tu, pusat dapat bayangkan betapa kelakarnya arwah ketika hayatnya. 2-3 hari yang lepas juga dramatis terkenal shukery hashim kembali ke rahmatullah. memang mengejutkan. arwah hanya mempunyai masa 3 bulan untuk hidup walaupun sihat walafiat sebelumnya. kanser telah menang. kematian shukery hasim mengejutkan pusat. bukan sebab beliau artis, tetapi tempoh pendek setelah dikesan kanser itu yang amat memeranjatkan pusat. al-fatihah...