terkini....

MCA mahu Akta Media Cetak disemak semula
February 19, 2011

Dr Chua berkata landskap media telah banyak berubah. —
KUALA LUMPUR, 19 Feb — MCA menyarankan penubuhan sebuah panel bagi menyemak semula Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 supaya Menteri Dalam Negeri tidak diberi kuasa mutlak atau budi bicara dalam melulus atau membatalkan permit penerbitan.

Friday, August 21, 2009

salam ramadhan...

esok menjelang le ramadhan yg ditunggu2. cuma kali ni berbeza dari yg sudah2. kali ni pusat nyambut sorang2 di rumah. sahur ape ye nanti... harap2 pusat bersahur sebelum subuh.. tak mo le bersahur pukul 8... hehehehe

mrs masih di hospital. doktor memungkinkan terpaksa buat pembedahan minggu depan. tp belum dapat black & white. harap2 semuanya ok walaupun sukar. pusat memang dah dapat terima berita buruk. dah bersedia. harap mrs ok dan sekiranya tak ok diharapkan dia bersedia menerima berita buruk.

esok mak pusat akan datang. actually pusat tak pernah bgtau kat mak pusat cerita sebenar. cerita sakit yg mrs tanggung. bukan je pusat masih berkias di blog ni. hanya mertua pusat je tahu cerita sebenar.

sempena ramadhan ni, bulan berkat ni. pusat harap dapat doa2 dari kawan2 blog dan pembaca2 blog untuk kesihatan mrs. jd sebelum tu mestila pusat terpaksa bgtau cerita sebenar kan... ermmm...

actually mrs bebaru ni gugur kali ke empat. ada masalah kat situ ler... bila di tanya doktor kemungkinan mengandung... doktor geleng kepala je. dah diikat pun salur tu. bukan tu saja mrs juga bermasalah di saraf belakang. berkaitan dengan tulang belakang juga. dah lama benda ni berlaku. cuma belum dikesan. dah dekat sebulan mrs bergantung sepenuhnya berkerusi roda. sebelum ni mrs pernah keguguran sebab terjatuh. keguguran yg kedua. mungkin masalah belakang tu ada kaitan kot.

nanti pusat sambung ler.... blur le pulak... selamat berterawih... salammmm...

4 comments:

  1. oo....yeke...moga dia cepat sembuh...dan menjalani ibadah puasa dgn sempurna

    ReplyDelete
  2. moga yg sakit dpt disembuhkan... yg x dpt disembuhkan... itu tidak lain dan tidak bukan.. adalah kehendak dariNya... yg mungkin ada hikmah...

    salam ramadhan utk kalian...

    ReplyDelete
  3. salam ramadhan buat pusat sekeluarga..
    semoga mrs pusat cpt2 sembuh..

    ReplyDelete
  4. pusat, saya doakan mrs pusat akan dpt kembali berjalan seperti sediakala, tp walau apa pun yg terjadi, jgnlah pusat sia2kan dia ok...

    ReplyDelete