terkini....

MCA mahu Akta Media Cetak disemak semula
February 19, 2011

Dr Chua berkata landskap media telah banyak berubah. —
KUALA LUMPUR, 19 Feb — MCA menyarankan penubuhan sebuah panel bagi menyemak semula Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 supaya Menteri Dalam Negeri tidak diberi kuasa mutlak atau budi bicara dalam melulus atau membatalkan permit penerbitan.

Friday, December 18, 2009

18 Disember 2009

salam maal hijrah... dah lama tak update blog ni... bukan pusat bz mana pun.. saje ngada ngada membzkan diri... antara benda yg pusat nak kepoh berserta bongkak takbur harini ialah...

(ganti 2ndhen jer)...
1. mrs mengeksidenkan keretanya lg... sib baik bukan kete pusat... mungkin dia terlalu berdendam dengan tiang pagar rumah tu... takpe ler... pusat tak tanggung kerosakan akibat kemalangan dengan harta sendiri... jd sendiri tanggung aaaaaa..... insuran pun tak leh tanggung sebab modified ke sistem OKU tanpa kelulusan....
2. smlm pusat ada buat satu sesi interview untuk jawatan penyelia tapak.... ada satu borang tu dari puchong di tandatangan oleh sorang sharepartner pusat di puchong dan dibawah borang tu ada nota.... , di rekemen oleh dato f***i tan sri i******... muaha muaha... hehehehe... nak bg ke? pusat tak suka kabel2 ni tp kan.... susah nak kabo la.... pertengahan januari baru pusat bg keputusan...

3. pokok cili kesayangan pusat mati..... begitu byk jasanya pokok cili tu.. antaranya pernah menyebabkan pusat berulang ke toilet berkali2 yg berlarutan sehingga seminggu....

Saturday, November 14, 2009

kurang ajar...

mrs - abg.... ape tu?
pusat - aaaa.. apenye
mrs - kat kereta tu...
pusat - kete mana?
mrs - storm tu la
pusat - takde ape ape pun
mrs - tuuu.. kat pengelap cermin
pusat - ???? viper?
mrs - ha ah ler
pusat - ermmmm

kurang ajar punya malaun.... adelak gantung coli

Sunday, October 25, 2009

tabligh...

ptg tadi ada sekumpulan jemaah tabligh singgah ke rumah pusat. mereka melakukan kunjungan dakwah. kebetulan hanya mrs je di rumah. memang pusat kabo dah kat mrs jgn layan kunjungan sape2 yg tak dikenali...

mrs ada call pusat.. tp masa tu pusat kat warung makan nak tapau makanan. mrs dah ckp yg pusat on the way... pusat bgtau mrs supaya jgn layan org2 tu.... tp mrs ckp salah sorang tu familiar sgt.... pusat tetap bertegas supaya jgn layan. akhirnya mrs maklumkan kepada jemaah tu yg pusat tak dapat jumpa mereka...

mereka pun sampaikan salam dan beredar untuk berkunjung ke rumah lain. masa on d way balik... kebetulan pusat terserempak dengan kumpulan ini. dan memang salah sorang tu memang pusat kenal... dia adalah imam kedua masjid di sini. teruslah pusat tegur kumpulan ni.

sambil pusat minta maaf pusat pelawa la jemaah ni ke rumah. lgpun rumah pusat selang serumah je dari tempat pusat jumpa....

majoriti jemaah ni dari pakistan... sempatla berbual pasal pakistan.... mengimbau kembali zaman tabligh pusat dedulu... kebetulan juga 3 org dari mereka sama tempat belajar dengan pusat... sekolah pondok kat india... lg le rancak ...

pusat tanya le apa perbezaan malaysia dengan negara2 lain yg dema kunjungi.... dema ckp org malaysia lembut budi bahasa... tak kedekut... walaupun ada yg memandang serong jemaah tabligh tetapi ramai yg menyanjung.... negatifnya pulak... malaysia majoriti islam tp berkelakuan seperti minoriti dan kos komunikasi kat malaysia terlalu mahal!!! arkk... promo mcm le murah sgt.. tp org luar ckp mahallll....

sambil bersembang tu mrs menjamu kami dengan kopok lekor, sata, tapai dan air kopi oooo....
tersedak abg2 pakistan makan tapai... makruh tu!!!!

Wednesday, October 21, 2009

ani? ko ok ke tak?

ani. salah seorang rakan sekerja lama pusat yang kejap ada kejap ada. kami berhubung menggunakan ym jer. orgnya kurus + tinggi. 2 tahun lepas dia berkahwin. pusat tak dapat hadirkan diri sebab ada urusan lain. dia duduk di kl.

tah macamana tadi dia ym pusat.. dia ckp nak singgah kertih. dia ada kursus di kelantan. nak sembahyang di rumah pusat katanya. pusat arahkan supaya berjumpa di mcd kertih pukul sekian sekian. dia ckp dia dan kawan2 naik si ravi. si ravi biru. ok no hal. lewat 15 minit sampaila si ravi warna biru depan pagar mcd. ok trus jalan..... sakit perutni nak memerut... cepaaattttt.

sampai di rumah keluarla semua nya. 4 org pompuan. tp pusat tercari-cari si ani ni.... aik.... yg mana satu ani?

'aku la ngokkk!' disergahnya pusat

'ya allah!!! ko perhal ani... cucuk steroid ker?'

terkejut pusat wehhh... kembang semacam.... dengan badan, muka... bayangkan la... baru 2 tahun je tak jumpa.... anak pun blum ada... da kembang mcm tu?.... sambil2 kutuk2 berdepan tu dia pun tegur pusat pun dah kembang..

'errrr... ani... pusat kembang kat perut jer'... heheheh

Monday, October 19, 2009

suami mithali yg terluka....

smlm planning nak masak nasi ayam.... hehehhe... buat lebih skit la... nak ajak jiran2 makan sama2...

awal2 pagi pusat dah ke pasar.... beli bahan mentah yg telah disenaraikan oleh mrs pusat malam sebelumnya.... dari ayam, bahan kuah, cili, kicap sehinggalah bahan2 nasik.... beras basmathi.... sedap le skit...

balik je pasar pusat menyiang le ayam, membasuh dan lain2.... bab2 memasak dan menggoreng memang pusat tak boleh buat.... tu pantang mrs... kalau dia dah pegang sudip .. org lain tidak dibenarkan mengganggu.. konon2 takut tak menjadi la.. walaupun tanpa diganggu pun selalu tak menjadi.... kuikuikui.... oppsss.... kalau tak menjadi masakan selalunya dia akan ckp itu resepi baru.... dari kemboja la... vietnam la malah pernah nasi dagang tak menjadi di bgtaunya konon2 tu nasi dagang dari italy...perrrgghhhh.....

tiba masanya membuat cili dipanggilnya pusat suruh mengisar cili.... wah.. kalau dah tiba time mengisar cili ni menandakan masakan dah nak complete.... dengan bangganya pusat memasukkan bahan2 yg nak dikisar ke dalam blender....

lepas je abis mengisar pusat alihkan blender daripada tapak nya... tah le apa malang nya... blender tu terlepas dari pegangan pusat... terhempas lerrrrrr.... adooiiii... .....!!!!! terpecah dua blender tu... cili pulak bertabur atas lantai..... nak elak punya pasal pusat terpijak le serpihan kaca....

dengan sakit nya lg... yg tak tahan tu cili ler....pedih kaki.... nasib baik luka sikit jer.... tak yah nak call ambulan atau bomba....tp yg tak bestnya stok cili takder.... maka makan lah kami semua nasi ayam ber sos cili life....

itu lah cerita suami mithali yang terluka.....

Sunday, September 27, 2009

berbaloi baloi...

mengecewakan sungguh. dah beli hadiah besar dah. memang dah rancang nak ke majlis perkahwinan member baik khamis lepas. tp apakan daya...pusat tak dapat pergi ke kenduri kawin kawan sebab talian yg berbaloi2 tu buat hal. memang dah sampai di bandar yg dimaksudkan. tp tak tahu arah nak di tuju. call member2 dari pukul 11 pagi sampai 3 petang. tak dapat2. bila buat auto redial boleh le juga dapat. tp bercakap macam dalam ribut. tak dengar. kesudahnya pusat lepak di pantai batu buruk. jalan2 cari jodoh!

dalam dua hari juga lah talian berbaloi2 tu buat hal. dalam harian metro cakap cuma 12 jam. ye ker? nasib baik pusat tak pakai talian berbaloi2 tu. di beritakan talian breakdown sebab penggunaan lebih lima kali ganda. nampaknya talian panas yg pusat guna takde pelanggan. patutla line takde masalah masa raya. huhuh

tanpa pengawet...

raya kedua aritu pusat dikunjungi kawan lama dari kl. dah jadi usahawan berjaya pun dia. tahniah. pusat panggil dia ropin. si ropin dah ada perusahaan minuman kesihatan. mungkin tak berapa terkenal di pasaran sgt. tp tersangat laku dalam pasaran jualan langsung.

sambil sembang2 dia tunjuklah kat pusat minuman yg dimaksudkan. setelah diteliti, di belek belek... wah... ada tulisan 'tanpa bahan pengawet'. 'wah hebat nih! syarikat pengeluar minuman terbesar pun ada pengawet!'

' hehehe....ada pengawetnye yeop, cuma skit jer.'

ceh....

Friday, August 21, 2009

salam ramadhan...

esok menjelang le ramadhan yg ditunggu2. cuma kali ni berbeza dari yg sudah2. kali ni pusat nyambut sorang2 di rumah. sahur ape ye nanti... harap2 pusat bersahur sebelum subuh.. tak mo le bersahur pukul 8... hehehehe

mrs masih di hospital. doktor memungkinkan terpaksa buat pembedahan minggu depan. tp belum dapat black & white. harap2 semuanya ok walaupun sukar. pusat memang dah dapat terima berita buruk. dah bersedia. harap mrs ok dan sekiranya tak ok diharapkan dia bersedia menerima berita buruk.

esok mak pusat akan datang. actually pusat tak pernah bgtau kat mak pusat cerita sebenar. cerita sakit yg mrs tanggung. bukan je pusat masih berkias di blog ni. hanya mertua pusat je tahu cerita sebenar.

sempena ramadhan ni, bulan berkat ni. pusat harap dapat doa2 dari kawan2 blog dan pembaca2 blog untuk kesihatan mrs. jd sebelum tu mestila pusat terpaksa bgtau cerita sebenar kan... ermmm...

actually mrs bebaru ni gugur kali ke empat. ada masalah kat situ ler... bila di tanya doktor kemungkinan mengandung... doktor geleng kepala je. dah diikat pun salur tu. bukan tu saja mrs juga bermasalah di saraf belakang. berkaitan dengan tulang belakang juga. dah lama benda ni berlaku. cuma belum dikesan. dah dekat sebulan mrs bergantung sepenuhnya berkerusi roda. sebelum ni mrs pernah keguguran sebab terjatuh. keguguran yg kedua. mungkin masalah belakang tu ada kaitan kot.

nanti pusat sambung ler.... blur le pulak... selamat berterawih... salammmm...

Thursday, August 20, 2009

minggu kalut...

minggu ni byk juga peristiwa berlaku.... yg pentingnya

1. mrs masuk spital semula.... kesakitan tulang belakang berlaku lg. nak gerakkan kaki pun terjerit2.... ni dah masuk hari kedua di spital...

2. chef berenti... wakakaka... bukan chef... tp tukang masak yg berenti.... nasib baik ada pengganti.. actually pusat dah tahu sebelum dia berenti lg... ada pekerja lain bgtau... dia nak cuba up kan gaji dengan cara ugut nak berenti.... silap org le beb... bila dia kabo je kat pusat terus je pusat ckp ' nak buat mcm mana... tak per la... leh cari org lain'.. hehehe... berubah muka dia masa tu. terlajak perahu boleh di undur....

3. member lama mati mengejut... tetiba terjatuh.... bukan serangan jantung... bukan strok... tetiba jatuh dan meninggal dunia...

Friday, August 14, 2009

alhamdulillah...

hari ni mrs dah boleh menggunakan tongkat untuk berjalan. walaupun bertatih2 tp alhamdulillah dah nampak kemajuan rawatan fisioterapi. harap2 raya haji nanti mrs boleh pulih sepenuhnya walaupun peratusan terlalu rendah... wish her luck... hehehe...

Sunday, August 9, 2009

bonus

tadi ada staff meeting. ada diantara staf sudah mula mencongak2 bonus untuk tahun ini. salah seorg staf dengan muka macho bangun dan bertanya kepada pengurusan bilakah masa pihak pengurusan bankin bonus... aik? ade ke bonusnye. pepandai tanya bila pengurusan nak bankin duit.... actually kalau ikut congak2 keuntungan separuh pertama memang akan ada bonus. cuma tak tahu berapa byk. pusat rasa around 1 bulan atau yg paling teruk setengah bulan... huhuhuh. bonus akhir tahun tak ada kot.

bukan kedekut tp byk kerja sangkut. payment macam siput. hamper untuk client lg. ada yg minta downpayment waja tu. isk isk... zaman gawat mcm ni pun ada yg berani minta mcm tu.... bab2 under table ni pusat dah tak campur. pusat dah serahkan pada pn ja. harap2 takde sesapa yg berani minta. ada yg pedih telinga nanti.

Thursday, August 6, 2009

raya di spital?

tadi dapat call dari spital. doktor dah setkan tarikh operation mrs iaitu pada 18 september... ???????? raya 20 september. pusat minta rayuan supaya di injakkan tarikh. tapi doktor cakap tak boleh di injakkan lagi. sebab pakar saraf free ketika tarikh itu. ermmm pusat agak bukan sebab free masa tu... mungkin dia dah apply cuti seminggu untuk raya kot... takpe lah.. tak baik bersangka buruk... ikut je lah tarikh tu..

mrs pun dah baik dari demam. dia pun dah tak mahu tunggu lama2 lg. lebih baik operate cepat. opis dia dah mula menyalak-nyalak. dah le kat opis tu takde kemudahan untuk org mcm mrs. di suruh cuti tanpa gaji pulak tu.... buat masa ni kami masih bertahan.

Wednesday, August 5, 2009

mrs demam

tetiba je tengah malam tadi mrs demam... terpaksa usung ke klinik.... azab weh....dia tak larat bergerak... dari tingkat atas berdukung sampai dalam kereta.. tu belum di kira dari kereta kedalam klinik... doktor pun terkejut.... dia ingatkan kemalangan...

nak buat camner.. mrs masih belum boleh berjalan.... terpaksa kongsi kaki nih.... pas balik dok mengerang jer.... panas sgt kot nyer.... sampai pukul 1 pagi tadi sekarang jam 5.36 pagi baru tido. tadi pusat ngantuk sgt tp sekarang tetiba mata tak leh lelap.... adei....

Tuesday, August 4, 2009

1gula

wehh.. ape cerita nye ni... gula telah dihilangkan dari pasaran...
jenuh pusat nak kumpul stok ni....
nampak gayanya ada org nak kaya cepat nih....
geng2 1malaysia masih tidur ke apa ni...
gula mula lesap nih wehhh...

Monday, August 3, 2009

kad kredit punya ceriter...

semalam kami ke kuala trengganu bershopping... inilah kali pertama kami bershopping setelah mrs berkerusi roda nih. azab rupanya golongan kurang upaya. nak kesana kesini perlu ada perancangan. silap haribulan tersangkut... kalau tetiba di depan tu tangga?.... terpaksa pusat survey dulu sebelum bergerak kemana2.

masa shopping tu dalam poket pusat cuma ada rm350 jek... dah isi petrol jadile rm300. awalnya mrs suruh la keluarkan duit... tp pusat tangguh.. 'takper kat giant tu ada atm... no halnyer'...
shopping punya shopping kami pun ke kaunter.... rm270.

mrs - bawak tubik kad tu
pusat - takpe... guna cash...
mrs - kare nok guna pitih tu
pusat - ala jgn riso.... sy tau apa yg sy buat..
lepas tu kami makan le di warung... pekena laksa asam dan nasi kerabu.... sempat juga mrs komplen kat peniaga... komplen pencelup terlebih letak... huhuhuh... takper le.. lantak .. pusat makan laksa....... mrs ckp kelantan... akak tu pulak ckp trengganu... lantak ler....masa on the way balik... singgah beli kepok.... adala dalam rm40... keropok lekor... keropok keping... budu... pencicah... ermmmhehehe... masa nak baya... hahaahaha... duit takder...
mengamuk le mek kelate tu... bok bek bok bek bahasa dia.... ater.. manele teman sengaja mek.. teman lupa.... kedai tu pulak tak terima kad ....memalukan betoi... terpaksa ke chendering semula keluarkan duit di bsn...

moral of the story... kad kredit adalah kemudahan gunalah ia sebijaknya kira dalam bahasa omputeh.. fish are friend, not food

Sunday, August 2, 2009

yasmin

semalam pusat menonton satu filem arahan arwah yasmin ahmad di tv3. tak pasti cerita apa. pusat pun bukan suka sgt cerita2 begitu. cuma cukupkan syarat temankan mrs jeks. sambil2 tu pusat bertenet. pusat tak tengok sgt cuma pusat membaca utusan sms yg bersimpati dengan arwah. ada satu sms yg sungguh lawak.. dah lupa ayat nya tp lebih kurang macam ni 'moga Allah cucuri rahmat kepada roh yasmin hamid'.. hahahaha.. editor/moderator tertido kot... hahahah

ramai yg ckp itu ini setelah beliau meninggal. ada yg cakap dia lelaki ler... dia tukar jantina ler... ada yg cakap dia khunsa ler.... malah ada yg tetiba mengaku peminat dia pun ada.. pusat memang tak minat langsung dengan karya dia tapi pusat tak pernah pun memperlekehkan karya dia atau bercakap2 pasal kisah hidup dia.

cuma pusat nak bg satu pendapat tentang khunsa yg pusat pikir logik le juga. zaman tu kita berpegang kepada pilihan samada perempuan atau lelaki . sekiranya lebih kepada perempuan pilihla perempuan. sekiranya lebih kepada lelaki pilihla lelaki. zaman tu manele popular ujian kromosom nih....

yg pastinya amal baik tetap akan diberi ganjaran walaupun kita telah mati tetapi apa yg buruk sebenarnya akan terhenti apabila kita mati. oleh itu jgn kita nilai siapa dia adalah lebih baik kita menilai siapa kita.

Friday, July 31, 2009

h1n1

h1n1 punya cerita le nih... pagi tadi ke pasar nampak 2-3 org memakai topeng muka. ala. yg sekeping rm1.50 walaupun harganya sebenarnya 80sen jer. pusat pun pergila ke farmasi untuk beli topeng ni. ye ler.. harinikan ada semayang jumaat. nak bikin gempak kat mesjid harini. sembahyang jemaat bertopeng gaban.
sesampai je di mesjid, kejutan tak menjadi. dah ramai yg memakainya. ermmm.. takper la.. pusat pakai jer le. masa semayang punyalah ramai yg batuk dan bersin... huihh... kalau tak sihat better semayang zohor je la. kan leh gugur kewajipan solat jumaat bg yg disyaki penyebar wabak.

tp tak per.. pusat pakai topeng gaban. habis je semayang pusat tak tunggu doa pun. terus je balik. bukan ada apa pun... sebab tak mo bersalam.... risau le juga... body contact dengan pembawa h1n1 ker... tak pasal2 masuk spital.

rupa2 nye di kala nak cepat tu berlaku lagi kejadian dulu. seliper kena kidnapppp... pusat letak pun jauh dari org lain letak. sebab takmo berebut2 dengan pembawa penyakit....ingatkan pusat paling awal keluar masjid. rupa2nya ada lg awal.... dah le parking jauh... pusat ape lg... bedal le sliper lain yg lebih kurang sama dengan sliper pusat dan terletak di tempat yg sama. pusat anggaple org tu salah ambil... konon2 le nak elak h1n1.. tergadai sliper ermmm...

Thursday, July 30, 2009

terkejut beruk yg hensem....

tengah malam tadi sebelum masuk tido mrs suruh pusat angkat baju di ampaian. sejak menggunakan wheelchair ni macam2 le tugas yg terpaksa pusat ambil alih dari dia. alasan kali ni ialah tak sampai. baju di sidai tinggi. dah tu pulak nak ke belakang rumah terpaksa turun 3 step anak tangga. oleh kerana pusat adalah suami mithali lagi hensem, kena la menolong.... hehehe

jeng jeng jeng...

buka2 je pintu belakang... aaaarrrhhhhh... kelihatan satu muka bercahaya betul2 di pagar belakang rumah pusat. nak kata hantu... mungkin juga... nak kata bukan hantu... hantu kot.... cepat2 pusat tutup pintu belakang.... dan baca apa2 surah yg ingat.... ehh baca ke tak baca pun tak ingat.... dah terkejut....

dah lama lepas tu terdengar bunyi seperti org membuka pintu dan ditutup kembali.... pusat tak pusat hati dan pusat mengintai dari tingkap dapur....

laaaa..... jiran belakang rupanya... kenapa muka bercahaya?

Wednesday, July 29, 2009

aik2... parking

pagi tadi pusat g semula ke lokasi entri lepas.... masih sama... sign vvip di parking oku. oleh kerana securiti takde , jadi pusat dengan hensemnye mengalihkan sign vvip itu ke petak kuning pili bomba dan pusat parking kat petak oku.

haha..

petang tadi pusat ambil kereta ternampak le securiti tu menjeling semacam...
sape suruh mengular...

Saturday, July 25, 2009

aik...

pagi tadi

jaga - encik tak boleh parking di sini
pusat - kenapa tak boleh?... tak nampak isteri sy ni?
jaga - tak boleh encik. ni tempat vvip
pusat - loh.... suda tuka ka?

image from google

Monday, July 20, 2009

surat layang....

sebelum mesyuarat bulanan berlangsung semalam, pusat di beri sepucuk surat yg tiada tandatangan ditujukan kepada pengurusan sykt. dalam erti kata pusat kot. dalam surat itu terkandung 5 perkara yg di highlight untuk rujukan pengurusan.

1. di harap pihak atasan syarikat tidak pilih kasih dalam perlantikan sub-kon seperti yang sedang diamalkan.

2. kerap saya dapati pn a****a menyalahgunakan kemudahan pejabat untuk menyiapkan tugasan pembelajarannya. diharap pihak pengurusan dapat melakukan tindakan.

3. saya turut dapati pn in* kerap menyalah gunakan kenderaan syarikat dan kerap lewat mengambil kakitangan offshore di airport ketrih

4. pn j* kerap menuduh kakitangan tanpa usul periksa.

5. diharap juga pihak pengurusan tidak memotong tuntutan pekerja seperti yg berlaku sekarang ini.

terkejut juga la pusat bila membaca surat layang ni. sehingga kini pusat masih tidak tahu siapa penulis surat ini. oleh kerana surat layang ini bukan bersifat mendesak, pihak pengurusan tidak berminat untuk memperbesar2kan isu ini. full stop.

pusat berpendapat ( bukan pendapat pihak pengurusan)

perkara 1. lantikan dilakukan oleh tender board. memang selalunya dapat pada sykt kawan2. bukan sebab rasuah atau pilih kasih. tetapi kami lebih percayakan org yg tidak mendatangkan byk masalah. tender tetap dibuat walaupun kontraktor dah dipilih. (normal ler.... gomen pun buat)

perkara 2. pn a****a adalah salah seorang pemegang saham sykt. bukannya dia songlap duit pun. setakat kertas a4, komputer, print, fotostat dan alatulis... bukan rugi sgt pun....

perkara 3. pn in* juga adalah salah seorang pemegang saham dan yg pasti dia isteri pusat... dah tu?.... suka hati dia la nak pakai storm sykt.... yg lambat ambil kakitangan tu pulak... ermmm.. sebenarnya bukan kerja dia ambil staf kat airport.. dia hanya menolong.. kalau dia terlambat pun tidak boleh dipersalahkan....

perkara 4. pn. j* pun salah seorang pemegang saham.... antara yg utama pulak tu.... memang dia berhak marah staff pun... no komen...

perkara 5. pemotongan hanya dilakukan mengikut logik... kalau dah 3 org ke kuala lumpur takkan la claim 3 teksi berlainan.... lu pikir la sendiri.... hehehehe

pengurusan tak berminat nak menjawab surat itu secara bertulis melainkan ada isu2 mendesak....

Friday, July 17, 2009

durian

mak - a**m.. bila nak baliknyer.... byk beno deroyan ni.. dah tak mandang dahh
pusat - tak leh balik la mak. ina masih dikuarantin
mak - minggu depan mak datang ye...
pusat - uiksss.... tak payah susah-susah la mak
mak - apenye susah nye. susahnya bile nak tunggu kamu balik jer..
pusat - mak paham2 la ngan ina tu. sekarang bau durian pun tak boleh. tapi kalau mak nak datang juga... mak bawak je durian parit tu bebyk skit.... hehehe
mak - ishhh.. kamu.. itu yg diingatnye. jaga ina bebaik
pusat - okie dokie....

petikan perbualan telefon dengan my mom..... yesss.. minggu depan my mummy and my daddy nak datang.... merasa juga le durian parit... org perak kalau dengo je durian parit.... mata sego.... durian parit ni kalau dimakan berselang seli dengan rambutan gading... pergghhhh... boleh meningkatkan paras glukos dalam darah.... dan boleh menyebabkan org kencing manis diserang strok kalau over sgt.....

dulu masa di kg.... rambutan ni kira petik je depan rumah... belakang rumah pun ada.... pokok durian datuk pulak ada di kg gajah, batu gajah, tronoh dan parit... tapi tak boleh petik... gilo ker nak petik durian.... nak masuk ke kebun durian pun pakai helmet.... kang dihempap.. tumpoooo...

action.... cutt.....

4 org?... apsal bertiga je kat tv


????

Thursday, July 16, 2009

opis suci....

minggu lepas opis secara sukarela membuat ujian dadah untuk kakitangan offshore....
dan resultnya 4 org kakitangan positif dadah... oleh kerana mereka tidak berpuas hati, maka ujian kedua telah dijalankan dan didapati hanya 3 org dikalangan mereka tetap positif...
dan dengan ini, dengan kuasa yg ada, dan berdasarkan peruntukan yg ada, peraturan yg ditetapkan.... pusat dengan ini mengisytiharkan penamatan kontrak ke tiga2 kakitangan berkuatkuasa jam 4.59pm petang tadi. segala rayuan tidak akan dilayan....

sebenarnya rayuan memang boleh di buat tetapi memandangkan projek pun dah kurang.... terpaksalah kami tidak melayan rayuan.. kalau didesakpun mungkin kami menerima penjelasan tetapi rayuan tetap di tolak. actually kami dah tahu ada aktiviti tak bermoral ni dah lama.. tetapi kami bertindak sekarang untuk memastikan company suci dari najis dadah.... ( atau sekadar alasan mengurangkan kakitangan?)

seorang kakitangan wanita sedang bercuti bersalin. memang membebankan. terpaksa bayar kos hospital dan cutinya berbayar. bermula dari bulan lepas kami tidak menerima staf wanita terutama yg berpotensi untuk bersalin. zalim kan.... huhuhuh....

Tuesday, June 30, 2009

kisah minggu ini....

kamal adalah antara staf cemerlang tempat kerjanya. dia kerap dipilih sebagai pekerja contoh dan kerap dirujuk sekiranya berlaku apa-apa masalah di tempat kerja. berumur 35 tahun beristeri satu dan beranak 3, dia digelar seorang yang workaholic. semua kerja2nya selalunya disiapkan sepertimana dikehendaki. habis sahaja waktu kerja selalunya dia akan terus pulang ke rumah.

isterinya seorang surirumah. walaupun berijazah tetapi beliau mahu menjaga anak2 sendiri tanpa memberi upah kepada pengasuh. padanya anak2 dan kamal perlu dijaga dengan tulang empat kerat.

tetapi baru2 ini kamal mula berubah. pulang dari kerja pun lewat, kadangkala sehingga jam 11 mlm. alasannya kerja byk. hari jumaat pun dia tidak berada dirumah. keutamaan kerja di pejabat melebihi anak2.

oleh kerana mula diabaikan suami, nisa iaitu isteri kamal menghubungi majikan suaminya. oleh kerana majikannya rapat dengan mereka sekeluarga, nisa mengambil kesempatan untuk merayu supaya kamal diberi sedikit ruang untuk bersama keluarga sekali seminggu.

terkejut besar majikannya apabila mendapat tahu kamal menghabiskan masa di pejabat sehingga lewat malam walaupun punch card kamal memang menunjukkan kamal keluar opis pukul 5.05 petang setiap hari.

apa yg dibuat kamal sehingga sanggup menjadikan syarikat sebagai alasan pulang lewat? majikan kamal menyiasat dan ternyata kamal telah menjalin hubungan dengan seorang pekerja syarikat. pertemuan antara majikan, kamal dan pekerja wanita berkenaan telah dibuat. majikan bermurah hati untuk menukar pekerja wanita berkenaan ke cawangan lain.
kamal? ermmm... sampai sekarang kami berbelah bagi apa tindakan yang sesuai dilakukan.
apa nak buat ye?

Wednesday, June 17, 2009

temuduga terbodoh......

pagi tadi pusat buat discussion tentang kerja di sykt kawan pusat... bila selesai je kawan pusat ada membuat sesi temuduga untuk jawatan kerani di syktnya.... tah mcm mana dia dapat emergency call dari isterinya. oleh kerana tiada senior di syktnya ketika itu... dia meminta jasa baik pusat untuk menggantikannya dalam sesi itu.

awalnya pusat menolak kerana pusat tidak tahu apa kriteria calon yang dia inginkan. tetapi memandangkan ada dua orang staf nya turut hadir sesi... pusat tidak mampu menolak...

penemuduga A - seorang pengurus
penemuduga B - pembantu kepada A

pada pemerhatian pusat kedua2nya tidak berkelayakan menemuduga calon... tetapi pusat tak tahu apa hujah boleh mempersoalkan kelayakan mereka

calon hanya ada tiga orang untuk mengisi satu kekosongan jawatan kerani

sebelum calon masuk kedua2 penemuduga itu sudah bercakap-cakap untuk memilih yang paling cantik diantara bertiga. satu perkara yang malang akan berlaku kepada calon2 yang kurang cantik. masuk je calon pertama mereka menyoal calon dengan soalan2 bodoh.. antaranya

- sekolah dimana
- dah kawin atau belum
- kenal tak guru bernama polan bin polan
- suka makan apa
- dah ada bf atau belum

masya allah.... giler ke apa diorg tu.. memalukan.... nampaknya penemuduga perlu dihantar untuk ditemuduga semula.... kesian sungguh calon...
untuk mengelakkan benda memalukan terus berlaku... pusat terlepas ckp.. di ulangi terlepas cakap...
' korang ni bodoh ke?... baca la resume sebelum nak interview...'

terkejut kedua2 penemuduga dan calon.

pusat bangun dan beredar.....

Saturday, June 13, 2009

update...

lama tak ubdate blog... bukan nye merajuk atau bosan, tapi pusat memang sibuk kebelakangan ni. sibuk dengan kerja, kenduri-kendara, kesihatan is3 dan lain-lain.
bebaru ni sprm datang siasat opis pusat. memang takut le juga. rasa nak pengsan je bila dapat tahu nak diadakan siasatan. byk le dokumen2 nak di sediakan atau di'ejas'. huhuhu... ape pun bukan pusat yang disiasat. tapi seseorang penting yg berkepentingan dalam byk kawasan perniagaan dan politik.
salam takziah kepada keluarga kak liya atas kehilangan datuk saudara tersayang. bila dilihat foto datuk tu, pusat dapat bayangkan betapa kelakarnya arwah ketika hayatnya. 2-3 hari yang lepas juga dramatis terkenal shukery hashim kembali ke rahmatullah. memang mengejutkan. arwah hanya mempunyai masa 3 bulan untuk hidup walaupun sihat walafiat sebelumnya. kanser telah menang. kematian shukery hasim mengejutkan pusat. bukan sebab beliau artis, tetapi tempoh pendek setelah dikesan kanser itu yang amat memeranjatkan pusat. al-fatihah...

Tuesday, May 19, 2009

wonderpet fifi

tengahri td pusat balik ke rumah... sebab bibik demam... nak bawa ke klinik.... kesian le pulak.. kalau ikutkan mrs dia suruh beli ubat kat farmasi je... huhuhu.... ni kalau dia tahu bawa ke klinik maunye bertekak pulak.... tp takper ... pusat dah suruh bibik dendiam...

masa balik dr klinik pusat nampak 5 org budak sekolah dok depan umah pusat.... terjerit2 mengadap longkang.... apsal lak...?

pusat tanye le.... diorg cakap wonderpet fifi jatuh longkang... yg pusat nampak cuma bekas pet tu je atas jalan...

'pakcik.... wonderpet ifi jatuh.... tolong ambil kan....'

dalam ati pusat takpe le... takde hal.... ni hamster je kot... sebab ada serbuk kayu dalam bekas pet tu....

pusat pun menggago le dalam longkang.... tercari2.... dannnnnnnnnn

ulaaaarrrrrrrrrrrrrrrrrrrr!!!!!!!!.. mak aih....

rasa nak gugur jantung pusat... sempat pusat naik dari longkang..... habis koto seluar dan kasut....

'yeyeyeye.. itu wonderpet... tu wonderpet...' jerit fifi

hampehhh..... wonderpet dia tu anak ular laaaaaa......... harruuuuuuuuuuu

kesudahnya pusat suh bibik ambil.... eeee geliiiiiiiiiiiiiii

moral of d story... wonderpet bukan hanya linny (hamster), tuck (kekura) dan ming ming ( itik). tp lelain binatang pun leh... mungkin anak piggi pun adalah wonder pet

Friday, May 15, 2009

selamat hari guru...

selamat hari guru pada semua guru2 yang pernah mengajar pusat, yang mengenali pusat, yang pernah bercinta ngan pusat (.. cikgu ain dan cikgu zety.... heheheeh) dan yang yang lagi...

nak juga ucapkan selamat hari guru kepada anis, kak yong dan ustazah izzah... moga sukses selalu...
pusat pernah bercita2 nak jadi ustaz.... tp salah masuk line....

tulunnn.. tulun... nak nyorok sat.....

smlm punyer cerita daaaa....

pas meeting kami g lepak di sebuah restoran terkenal di kemaman... adele 5-6 org... kali ni biasela... kontraktor la yg jadi mangsa... kena belanja client da.... tp takper.. projek punya pasal pusat sanggup....

pusat tak makan... diorg je makan... tp pusat beli keropok bika je.. bukan berjimat tp sebelum meeting pusat dah makan siap2.... konon2 nya takmo kuar makan pas meeting... sebab dah tau kena ketuk dengan diorg... tp malang tak berbau... pusat tak sempat melarikan diri.... jadila mangsa diorg lg...

sedang kami makan.. kami nyembang le pasal kerja.... dan pasal hal2 bukan kerja... pusat makan keropok bika je.... order air tin f&n grape....

pusat tuang keropok kat tangan kanan pastu pastu ngap... tuang kat tangan kanan pastu ngap... tuang kat tangan kanan pastu ngap... tuang kat tangan kanan pastu ngap...
tetiba mrs call... sesudah dia call pusat sambung..... tuang kat tangan kanan.. dan perrghhh basah..

sekali tersilap tuang daa....tertuang air f&N tu kat tangan kanan dan basaaaahhhh..... laaaa.a....
silap capai.... nak capai keropok ter capai air tin.... huhuhu

diorg pakat dok gelak..... hampeh

Tuesday, May 5, 2009

layan jer...



1. kasi murah kalkulator enche tabooo

2. lepas digoda dia kena petir....

Sunday, May 3, 2009

kucing...

dah 2 minggu sekor kucing tu melepak di rumah pusat.... selalu juga la ia dapat menyusup dan bermalam dalam rumah..

tp pagi tadi pusat dengan hensemnye telah menangkap dan membuang kucing berkenaan ke kantin sebuah sekolah (hehhe.. bukan sekolah yg pusat tender tu...)...

bukan pusat tak suka kucing... pusat tak suka taik kucing.... bau nye... menusuk kalbu btoi... sebelum rumah pusat dinodainya... lebih baik pusat mencegah....

huhuh....

update....

pagi buang ptg dah terpacul depan pintu rumah.... geramnyer.... esok2 la pusat buang semula.... nak tido...

A tout le monde - Megadeth



bayangkan kita dalam situasi tu.... fuh.... camnela kehidupan pasangan kita...

Wednesday, April 29, 2009

mrs. yg cuak... hahahaha

ini la akibatnya kalau last minit isi borang BE.... esok dah tarikh tamat.. dah tak sempat nak adjust ape2.... hahaha... tahap kecuakan bertambah tinggi bila cukai kena bayar rm5,515.00... hahahaahahaha

sambil memerhatikan mrs. mengalami sawan income tax... pusat sibuk melayari youtube...malas nak layan... pusat nye borang perlu dihantar akhir jun. lambat lg.. leh TANGGUHHHHH!!!!.. hahaha

Monday, April 27, 2009

malang nyeeeeerrr.....


hari malang bersua kembali.... memang malang.... arrgggghhhhhhhhh....

sblm mrs ke tempat kerja pagi tadi dia offer untuk hantar pusat ke opis pusat. sebab storm kat opis... pusat masatu jual mahal... pusat ckp nak g sendiri naik kete pusat....

bila dah bersiap... aaaaaaaa.... manela kunci waja... jenuh pusat cari... siap pusat berleter kat bibik... ingatkan bibik mengemas pastu salah letak... dia pun panik le..... jenuh kami berdua menyelongkar.... kunci spare kat mrs plak tu.... dah lambat pulak ke opis... ade claim nak di sign....

bila dah fade up.. pusat menyumpah le kereta pulak... laaaa.... kunci ada dalam kete la pulak... huhuh.... hampeh... tak perasan.... betul2 atas seat depan.... bibik siap tersenyum sinis pulak.... camne plak nak buka.... kalau masa ade honda rituh leh call honda.... diorg akan dtg.... ni kete tempatan.. manele ade servis camtu....

dah le sistem lock pusat dah modified.... kete memang takleh buka dari luar tampa kunci melainkan ketuk cermin..... hampehhhh......

dannnnn.... kelihatan kak idah sedang menyidah kain diampaiah.... kkkkkkkakkkkkkkkkk... pinjam honda!!!!!!!... dan pusat g la ke opis menaiki honda c70 ke opis..... huhuhuhuh..... sampai je trafik lite bandar baru... tu dia.......... moto telah kematian enjin..... hampehhh kak ida..... petrol abis..... huhuhuh....

sib baik ade staf lalu.... siap dia perli pusat...

'bos.... dah dijual kete honda, pakai moto honda pulak....'... tu soalan ke statement tu....

maka naikla moto honda tu atas suzuki jimny ke petronas kertih.... malanggggg....

Wednesday, April 22, 2009

wonder pepet?.. huh...


dah dua tiga hari pusat dengar lagu wonderpet di depan rumah dinyanyikan bebudak sekitar... tp bukan wonderpet la... diorg nyanyi wonder pepet... huhuh.....

video takleh donload le pulak.... crash je semedang...

wonderpet

Telefon, telefon berbunyi…
Telefon, kami datang.
Telefon, telefon berbunyi…

ada haiwan dalam bahaya!!
ada haiwan dalam bahaya!!
ada haiwan dalam bahaya, di sana…

apa yang penting ?
kerja sama..
apa yang penting ?
kerja sama..

Wonder Pets Wonder Pets…
kami datang..
membantu (anak haiwan) yang kesusahan..
kami tak besar..
dan kami tak kuat..
bila bekerjasama semua jadi mudah..

Tuesday, April 21, 2009

tag wallpaper 2

tag dari kak liya ler.... (pc sendiri)

1) anda perlu printscreen wallpaper anda yang tengah gune skang jngan tipu2 ek x suke


ni le wallpaper pc di opis pusat.... gambar seseorang .. hehehe

2) bgtau nape anda suke wallpaper anda ituhh...

suker sgt... sebab pusat minat ngan beliau.... cantik... cute... menggoda... dan semua la yg best ade kat dia... wakakaka...

pusat dah bersedia untuk berperang... berperang untuk kebenaran... cabuuutttttttt........

Monday, April 20, 2009

tag wallpaper

tag dari kak liya ler....

1) anda perlu printscreen wallpaper anda yang tengah gune skang jngan tipu2 ek x suke

ni wallpaper laptop mrs... pusat guna laptop ni untuk online.... ade 2 folder pusat delete... mozilla firefox dan alamat blog private mrs...
tak tahu ni gambar ape... ni peberet mrs ler... geng2 goth...

2) bgtau nape anda suke wallpaper anda ituhh...

tak suka langsung.... bek letak gamba agnes... lg cun...

*nanti pusat letak wallpaper pc pusat lak.... len kali le... kat opis...



Friday, April 17, 2009

kenangan masa kecik... part 1

masa pusat merayap kat blog kengkawan pusat tertarik ngan tajuk kenangan terindah yg ditulis oleh cikgu izzah. pusat pun nak share le juga sedikit sebanyak kenangan masa kecik2 dulu... bukan le semua pun... sebab dah tua.. ingat2 lupa je

dilahirkan di manjoi kemudian pusat dibesarkan di perak tengah... duduk di kuarters kerajaan. sekolah tadika di sebuah tadika tajaan kerajaan yg pelajar lelakinya pakai tie warna hitam jalur kuning emas (atau warna merah.. dah lupa ler... hehehehe), seluar pendek warna merah, baju putih dan vest merah... comelkan pusat... meh la kiss ... hehehehehe!!!

kalau time cuti pusat selalu ikut mak beli ikan di pasar... mak pusat masatu hantu majalah... penuh majalah satu lemari... pusat pergi pun tolong angkut majalah2 mak ler.... ikan nye sikit je... cehhh... selalu juga pusat jumpa sorang atuk tu... asal jumpa je memang le pusat dpt 20sen.. besar 20sen masa tu...

bila masuk darjah satu pusat sekolah depan rumah je.... masa rehat mak passing nasi... pusat tak pernah membeli makanan berat di kantin... setakat keropok seposen tu ade ler....

masa sekolah rendah jugala famili pusat berhijrah ke selangor.... bersekolah di satu kampung terkenal ngan black area di klang dan bersekolah menengah di sebuah bandar terkenal di shah alam... heheheh... pusat tak pernah merasa sekolah agama rakyat.... mak dan ayah pusat tak berkenan ngan sistem pembelajaran di sana.... lalu pusat dihantar belajar di mahahad tahfiz yg tak glamer langsung di selangor.... ya allah.. umo dah tua bangka baru dihantar ke maahad... walaupun sekolah di situ mak dan ayah pusat tetap menghantar pusat belajar di sekolah bantuan penuh kerajaan sehingga la pusat di buang sekolah!!!.... huhuhuhuhu...


kenapa kena buang?.. pusat selalu ponteng sekolah.... ingat senang ke sekolah pagi dan petang kena g ngaji... ustaz pulak selalu rotan kalau tak hafal surah.... untuk mengelakkan dari kena rotan pusat menghafal je la ... pusat abaikan sekolah bantuan penuh kerajaan tu...masa tu pusat selalu lepak di kampung delik.... ape ye ade kat sana?... takde benda pun.... pusat selalu lepak nagn kawan maahad le... sebab ape?.. situ ramai org leh ngajar kami... ketuk je mana2 pintu rumah adele yg leh ngajo kami ngaji...

bersambung....

Thursday, April 16, 2009

kumbang tersesat...


sedang kami zzzzz...zzzzz...zzzz..zzzzzz.zzzzzzzz

tetiba mrs menjerit ......ahhhhhhh!!!!!!!!

makaih... naper.... ngigauker

ruper2nye kumbang masuk mata mrs.... lohhhh.... ingatkan ape.... sib baik org rumah... pusat tiupkan je mata tu .. kalau awek.. ermmmm mesti pusat bawa terus ke spital... hahahahahah

ermmm dia tido mata terbuka ke aper.... hissshhhh...

Wednesday, April 15, 2009

samb.... cikgu yg bengong...

kebetulan waktu tengahari ada perjumpaan antara pengusaha kantin, pengetua, guru2 dan pelajar... pengetua meminta pusat supaya tak menghadirkan diri disebabkan tak mahu masalah antara cikgu yg bengong (ajk) dan pusat berlarutan... dia berjanji akan menyelesaikan...

tapi benda sebaliknye jadi.. partner pusat telah diasak bertalu2... cikgu berkenaan nampaknya tak berpuas hati dengan mutu makanan, harga dan servis pekerja2 pusat dan meminta pengetua menukar pengusaha kembali kepada pengusaha lama... yg peliknya hanya dia yg tidak berpuas hati!!!!...

pusat dah call pengetua dan pusat telah menggunakan nada yg agak keras mengingatkan pengetua yg lantikan kami berdasarkan surat ppd bukannye sekolah... dan alhamdulillah dia paham dan telah pun membocorkan satu rahsia yg amat2 besar....

rupa2 nya cikgu yg bengong mendapat layanan istemewa dari pengusaha lama.... agak2 ape ye.... teeetttt.. ya betul.. makanan percuma sepanjang tahun... hahahaha...

pusat puas lepas meluahkan perkara ini dalam en3 kali ni.. kalau dia baca , pusat tak larang pun.... dan kalau dia nak report kat pengetua, alhamdulillah....

peace...

Tuesday, April 14, 2009

cikgu yg bengong....

menyirap sungguh darah pusat pagi tadi... pusat dah mengistiharkan peperangan dengan salah sorang cikgu di tempat pusat meniaga... dah lama pusat tak berpuas hati... pagi tadi adalah kemuncak segala kesabaran...


insiden 1 : berlaku ketika awal persekolahan. cikgu bengong ni selalu menyebokkan diri membuat minuman sendiri... walaupun dah dioffer untuk membuatkan milo untuknye.. dia kerap buat muka seposen buat milo sendiri... yg paling bangang tu setiap kali dia buat milo mesti milo tumpah di lantai... kalau sekali mungkin tak sengaja... ini dah berkali2 setiap kali dia membodohkan diri membancuh milo... pusat dah bg last warning pada pekerja supaya sorok milo... bukan sebab kedekut tetapi itu adalah prosedur... setiap org penyedia makanan dan minuman telah di beri suntikan... dan semestinya cikgu bengong tersebut tidak disuntik....


insiden 2 : berlaku minggu lepas. cikgu bengong ni datang ke kantin... dia bawa tetamu luar... untuk makluman semua... makanan untuk tetamu memang dah dikhaskan di bilik persidangan... cikgu bengong ni tetiba ajak dua org tetamu luar makan di kantin (pusat jangkakan mungkin dua org ni kawan dia)... pas makan dengan selamba takmo bayar.... pekerja pusat tegur dan dia marah sebab kononnya sekolah dah bayar makanan untuk tetamu luar.... pusat dah maklumkan kepada pengetua... pengetua maklumkan kat pusat yg cikgu2 tidak dibenarkan membawa tetamu ke kantin dan claim makan free sebab makanan untuk tetamu luar dah disediakan di bilik tertentu... sampai sekarang dia takmo bayar....

insiden tadi : pusat kebetulan ada di kantin pagi tadi... pengetua ada... share partner pusat ada dan ramai cikgu2 bersarapan.... untuk makluman semua nasi lemak pelajar dijual dengan harga rm1. lauk telur rebus + ikan bilis + timun. untuk nasi lemak cikgu pulak beharga rm2. lauk telur goreng + telur rebus + timun + ikan bilis. dan semestinya cikgu2 mencedok nasi dan mengambil lauk sendiri.... cikgu bengong ni ambil nasi lemak penuh sepinggan. mcm makan tengahari kat restoran mamak!!!!.. penuh... pastu pekerja pusat ckple rm2 (harga biasa untuk cikgu)... dia dengan takbur dan bongkak sergah pekerja pusat dengan nada kuat... kononnya nak bg pengetua yg duduk depan pusat dengar komplen dia... 'mek!!.. mahal nya..!! ambo beli di kedah tigaposen je!!!... pusat dengan spontan sergah balik ler.... 'laaa... kat depan sana tu free je.... leh makan guna tangan... nak makan guna straw pun boleh..' sambil pusat tunjuk arah hospital kemaman...

bersambung.... ade member datang le pulak...

Monday, April 13, 2009

jalan buntu....

kebuntuan melanda diri.... perlukah sykt renew sijil2 pekerja luar pejabat. atau biarkan pekerja2 tersebut meletak jawatan secara sukarela.... nampak mcm zalim tapi itu lah hakikat yang perlu dihadapi.... sijil tersebut memang mahal. dan dengan sijil tersebut pekerja2 berkenaan akan melompat ke syarikat lain untuk mensabotaj...

mesyuarat tadi dah membuat keputusan untuk membiarkan sijil2 pekerja berkenaan expired. dalam ertikata lain... pekerja2 berkenaan tidak layak bekerja di tapak...dan dengan bahasa kasarnya... kontrak terpaksa di terminate.... bukan sebab apepun, job dah kurang + lesen mahal + takut sykt lain sabotaj.

zalim ke kami nih???????

Friday, April 10, 2009

esok yg hampeh....

hampeh tul... esok ader discussion ngan omputeh.... pusat angguk2 geleng2 lg ler... bukan nye tak paham tp slang omputeh tu hampeh... pusat kena translate sebelum paham...

'oiii omputeh!!! kalau tak reti ckp english baku bek takyah dtg mesia... menyusahkan btoi'...


ape yg pusat pikir skrg ni cuma makanan pas discussion tu je... selalunya memang sedap dan grand.... kalau tak sebab makanan best memang pusat MC....

Thursday, April 9, 2009

bertemu untuk di duga... ekekeke

pagi tadi tetiba je ade sesi temuduga... pusat memang tak tahu (tak ambil tahu kot)... sedar2 kena masuk bilik meeting. sib baik cume ade 2 org aweks je untuk ditemuduga... dah la pusat tak buat homework ... pusat denga je la celoteh2 diorg tu... yg tukang tanya dah ade 2 org... pusat kategori penyebok shj...
jawatan yg nak diisi pun bukannye bidang pengetahuan pusat... pusat cuma angguk2 dan geleng2. sesekali je pusat menyampuk.. tu pun bila masuk bab admin...
harap tak dpt calon yg bangang cam dibawah ni...

esok jumaat...kembali bercuti.... harap2 kejadian seperti en3 di bawah tak berulang... dan semestinya pusat park di pintu lain.... malu................

Wednesday, April 8, 2009

selipar...

minggu lepas pusat lewat g semayang jemaat... bukan lewat sebab kerja pun... sini cuti ari jemaat... tp terbabas tido ler.... pg tu pusat g pasar memborong ikan... ade nak buat makan2 skit...
jd sampai rumah pun dalam pukul 10 pg... penat beb.... pas tu tolong mrs dan esisten mrs menyiang, merebus, menggoreng, merasa dll lg... pastu mengantuk giler... langsung terlelap...

mrs pulak ingat pusat terus ke masjid. dia tak tahu pusat naik ates mandi + tido.... tepat pukul 1 pm dia kejutkan pusat... alamaaakkkkk..... !!!! lewat nyeeerrrrrrr....

mandi, wuduk, pakai baju dan terus ke masjid .. sampai je ngam2 masa khatib baca doa khutbah ke 2... fuhh... sempat lg rupernyer....

bila selesai semayang... lohhh... pusat tak ingat pusat pakai selipar yg mana satu.... nampak gayenyer kena la pusat dok tepi tangga sehingga semua selesai balik.

dan akhirnya ............. kelihatan seliper pink kelihatan di tepi tangga..... sape la mamat yg tak sedar diri guna selipar pompuan tu? ..... erkkk!?!

Tuesday, April 7, 2009

jelita

kome layan tak sinetron indon? 2-3 minggu lepas punya cerita ler... pusat memang tak layan cerita2 mcm ni.... nak dijadikan cerita pusat sengaja balik awal satu hari tu.. konon2 nak spotcek bibik... maklumla baru seminggu sampai... punyele pusat skodeng... rupenye dia tengah layan cerita indon....

bukan nak ceritakan tentang bibik tu...tp....perrrgghhh.. comel giler pelakon sorang tu.... bibik kabo tu le agnes monica?... aaaaaaaaaaaaa... yg penyanyi seksi tu ker?...

wah... comel giler.... kalah MRS weehhhh..... bila tak seksi comel le pulak



bila kabo kat MRS boleh pulak dia jeles.... sampai bila balik awal je dia siap perli konon pusat nak layan cerita indon tu.... pusat pun tak tahu cerita tu ade lg atau tak...

ni upload lagu yg dia nyanyi kat sini pun berkemungkinan leh jadi isu..... tp pusat tunggu dan lihat..... ekekekeek

pindah opis...

minggu depan pindah opis.... dah cukup la berkeadaan sesak selama ni.... staf dah bertambah... perabot dah bertambah.... now dalam tempoh mengemas opis.... jd tahap kebizian melanda kembali... (walaupun pusat dok chatting je....ekekeek)

Monday, April 6, 2009

bumi dah selamat !!!!

yeeeehhh... pusat rasa bumi dah diselamatkan oleh earth hour... langsung tak rasa pencemaran dan masalah pemanasan global.... nampaknya burung2 terbang dengan selambanya... menghirup udara segar bugar ....
tahniah kepada penganjur2 yg bersungguh2 menyelamatkan bumi yg telah tercemar sekian lama dalam masa satu jam!!!!!!!... tahniahpas ni kita leh mulakan hidup seperti biasa.... gunalah elektrik secukupnya... kita boleh selamatkan kembali bumi tahun depan.... ermmm satu jam cukup ker?!!!!

Monday, March 30, 2009

boikot?

mcm mana nak boikot kalau dpt kupon camnih....















... ade lg 20 keping. sepupu pusat kasik 5 keping jer... jadilah drpd takder...

Saturday, March 28, 2009

queens of langkasuka



kenapa kita takleh buat filem mcm ni ye.... bravo... kos usd20 juta.

Friday, March 27, 2009

im bek...

wahh lama pusat tak online.... bersawang blog pusat. pusat agak bz kebelakangan ni.

urusan jabatan hal ehwal agama trengganuni sebab utama pusat bz. nak buat mcm mana ye. dah sampai cukup segala. maka bertambahlah cawangannye. ekekeke

urusan audit
pusat baru terminate satu sykt audit sebab byk songeh. jadi nak melantik sykt baru memakan masa skit ler. udah le akaun sykt pusat tak pernah betul. kali ni kalau tak ngejas memang kena income tax. tahun lepas tak kena cukai sebab keuntungan sykt rm8k. wakakaka...

urusan income taxsori le tuan income tax. malas nak bayo kat korang. bek baya kat pusat zakat. borang akan pusat kembalikan setelah proses mengejas keuntungan selesai... ekekeke

Friday, February 20, 2009

khabar dari kelate...

minggu depan rumah pusat akan dikunjungi keluarga mertua. dema akan datang hari isnin.

maknanye minggu depan pusat dan mrs akan bercuti.. mrs pusat dah sediakan aktiviti2 yg akan dilakukan minggu depan... kira lokasi2 melancong ler... dari kedai payang - kuantan - temerloh - gombak - shah alam - ipoh - pokok sena... pergghhhh.... musafir le nampaknyer....

kita lanyak innova mrs cukup2.... mane le tahu innova leh jadi edora.... duit anugerah dah dapat... leh le buat muka edora... ekekeek... 'leh ye dip... ***** punya kete tayar dah calar.... teruk sgt calar.. ingat nak tukar kete baru ye... leh ye dip... ekekeeke...' GILO PER...

Wednesday, February 18, 2009

hepi giler...

pusat dapat call dari sepupu di t.malim... walaupun nada suara dia sedih + bengang tp di pihak pusat adalah kegembiraan yang paling nyata... dia memaklumkan bersedia untuk berhijrah ke pantai timur dalam tahun ini... waahhhhhh... akhirnya berjaya juga pusat memujuk dia walaupun memakan masa hampir 2 tahun...

dia adalah antara rakan kongsi terbesar dalam sykt pusat nih. tp dia memang jenis tak ambil tahu bab-bab kewangan. yg dia tahu duit masuk jer... dia memang la org harapan pusat... kami pun mempunyai latar belakang pengalaman yg hampir sama... dan kesediaan dia akan pusat balas dengan jaminan kewangan yg dia syaratkan...

ok ler... untuk merayakan tahap ke'best'kan ini....pusat nak makan besar di kemaman... jommmm.......