terkini....

MCA mahu Akta Media Cetak disemak semula
February 19, 2011

Dr Chua berkata landskap media telah banyak berubah. —
KUALA LUMPUR, 19 Feb — MCA menyarankan penubuhan sebuah panel bagi menyemak semula Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 supaya Menteri Dalam Negeri tidak diberi kuasa mutlak atau budi bicara dalam melulus atau membatalkan permit penerbitan.

Sunday, October 25, 2009

tabligh...

ptg tadi ada sekumpulan jemaah tabligh singgah ke rumah pusat. mereka melakukan kunjungan dakwah. kebetulan hanya mrs je di rumah. memang pusat kabo dah kat mrs jgn layan kunjungan sape2 yg tak dikenali...

mrs ada call pusat.. tp masa tu pusat kat warung makan nak tapau makanan. mrs dah ckp yg pusat on the way... pusat bgtau mrs supaya jgn layan org2 tu.... tp mrs ckp salah sorang tu familiar sgt.... pusat tetap bertegas supaya jgn layan. akhirnya mrs maklumkan kepada jemaah tu yg pusat tak dapat jumpa mereka...

mereka pun sampaikan salam dan beredar untuk berkunjung ke rumah lain. masa on d way balik... kebetulan pusat terserempak dengan kumpulan ini. dan memang salah sorang tu memang pusat kenal... dia adalah imam kedua masjid di sini. teruslah pusat tegur kumpulan ni.

sambil pusat minta maaf pusat pelawa la jemaah ni ke rumah. lgpun rumah pusat selang serumah je dari tempat pusat jumpa....

majoriti jemaah ni dari pakistan... sempatla berbual pasal pakistan.... mengimbau kembali zaman tabligh pusat dedulu... kebetulan juga 3 org dari mereka sama tempat belajar dengan pusat... sekolah pondok kat india... lg le rancak ...

pusat tanya le apa perbezaan malaysia dengan negara2 lain yg dema kunjungi.... dema ckp org malaysia lembut budi bahasa... tak kedekut... walaupun ada yg memandang serong jemaah tabligh tetapi ramai yg menyanjung.... negatifnya pulak... malaysia majoriti islam tp berkelakuan seperti minoriti dan kos komunikasi kat malaysia terlalu mahal!!! arkk... promo mcm le murah sgt.. tp org luar ckp mahallll....

sambil bersembang tu mrs menjamu kami dengan kopok lekor, sata, tapai dan air kopi oooo....
tersedak abg2 pakistan makan tapai... makruh tu!!!!

Wednesday, October 21, 2009

ani? ko ok ke tak?

ani. salah seorang rakan sekerja lama pusat yang kejap ada kejap ada. kami berhubung menggunakan ym jer. orgnya kurus + tinggi. 2 tahun lepas dia berkahwin. pusat tak dapat hadirkan diri sebab ada urusan lain. dia duduk di kl.

tah macamana tadi dia ym pusat.. dia ckp nak singgah kertih. dia ada kursus di kelantan. nak sembahyang di rumah pusat katanya. pusat arahkan supaya berjumpa di mcd kertih pukul sekian sekian. dia ckp dia dan kawan2 naik si ravi. si ravi biru. ok no hal. lewat 15 minit sampaila si ravi warna biru depan pagar mcd. ok trus jalan..... sakit perutni nak memerut... cepaaattttt.

sampai di rumah keluarla semua nya. 4 org pompuan. tp pusat tercari-cari si ani ni.... aik.... yg mana satu ani?

'aku la ngokkk!' disergahnya pusat

'ya allah!!! ko perhal ani... cucuk steroid ker?'

terkejut pusat wehhh... kembang semacam.... dengan badan, muka... bayangkan la... baru 2 tahun je tak jumpa.... anak pun blum ada... da kembang mcm tu?.... sambil2 kutuk2 berdepan tu dia pun tegur pusat pun dah kembang..

'errrr... ani... pusat kembang kat perut jer'... heheheh

Monday, October 19, 2009

suami mithali yg terluka....

smlm planning nak masak nasi ayam.... hehehhe... buat lebih skit la... nak ajak jiran2 makan sama2...

awal2 pagi pusat dah ke pasar.... beli bahan mentah yg telah disenaraikan oleh mrs pusat malam sebelumnya.... dari ayam, bahan kuah, cili, kicap sehinggalah bahan2 nasik.... beras basmathi.... sedap le skit...

balik je pasar pusat menyiang le ayam, membasuh dan lain2.... bab2 memasak dan menggoreng memang pusat tak boleh buat.... tu pantang mrs... kalau dia dah pegang sudip .. org lain tidak dibenarkan mengganggu.. konon2 takut tak menjadi la.. walaupun tanpa diganggu pun selalu tak menjadi.... kuikuikui.... oppsss.... kalau tak menjadi masakan selalunya dia akan ckp itu resepi baru.... dari kemboja la... vietnam la malah pernah nasi dagang tak menjadi di bgtaunya konon2 tu nasi dagang dari italy...perrrgghhhh.....

tiba masanya membuat cili dipanggilnya pusat suruh mengisar cili.... wah.. kalau dah tiba time mengisar cili ni menandakan masakan dah nak complete.... dengan bangganya pusat memasukkan bahan2 yg nak dikisar ke dalam blender....

lepas je abis mengisar pusat alihkan blender daripada tapak nya... tah le apa malang nya... blender tu terlepas dari pegangan pusat... terhempas lerrrrrr.... adooiiii... .....!!!!! terpecah dua blender tu... cili pulak bertabur atas lantai..... nak elak punya pasal pusat terpijak le serpihan kaca....

dengan sakit nya lg... yg tak tahan tu cili ler....pedih kaki.... nasib baik luka sikit jer.... tak yah nak call ambulan atau bomba....tp yg tak bestnya stok cili takder.... maka makan lah kami semua nasi ayam ber sos cili life....

itu lah cerita suami mithali yang terluka.....