sebelum mesyuarat bulanan berlangsung semalam, pusat di beri sepucuk surat yg tiada tandatangan ditujukan kepada pengurusan sykt. dalam erti kata pusat kot. dalam surat itu terkandung 5 perkara yg di highlight untuk rujukan pengurusan.
1. di harap pihak atasan syarikat tidak pilih kasih dalam perlantikan sub-kon seperti yang sedang diamalkan.
2. kerap saya dapati pn a****a menyalahgunakan kemudahan pejabat untuk menyiapkan tugasan pembelajarannya. diharap pihak pengurusan dapat melakukan tindakan.
3. saya turut dapati pn in* kerap menyalah gunakan kenderaan syarikat dan kerap lewat mengambil kakitangan offshore di airport ketrih
4. pn j* kerap menuduh kakitangan tanpa usul periksa.
5. diharap juga pihak pengurusan tidak memotong tuntutan pekerja seperti yg berlaku sekarang ini.
terkejut juga la pusat bila membaca surat layang ni. sehingga kini pusat masih tidak tahu siapa penulis surat ini. oleh kerana surat layang ini bukan bersifat mendesak, pihak pengurusan tidak berminat untuk memperbesar2kan isu ini. full stop.
pusat berpendapat ( bukan pendapat pihak pengurusan)
perkara 1. lantikan dilakukan oleh tender board. memang selalunya dapat pada sykt kawan2. bukan sebab rasuah atau pilih kasih. tetapi kami lebih percayakan org yg tidak mendatangkan byk masalah. tender tetap dibuat walaupun kontraktor dah dipilih. (normal ler.... gomen pun buat)
perkara 2. pn a****a adalah salah seorang pemegang saham sykt. bukannya dia songlap duit pun. setakat kertas a4, komputer, print, fotostat dan alatulis... bukan rugi sgt pun....
perkara 3. pn in* juga adalah salah seorang pemegang saham dan yg pasti dia isteri pusat... dah tu?.... suka hati dia la nak pakai storm sykt.... yg lambat ambil kakitangan tu pulak... ermmm.. sebenarnya bukan kerja dia ambil staf kat airport.. dia hanya menolong.. kalau dia terlambat pun tidak boleh dipersalahkan....
perkara 4. pn. j* pun salah seorang pemegang saham.... antara yg utama pulak tu.... memang dia berhak marah staff pun... no komen...
perkara 5. pemotongan hanya dilakukan mengikut logik... kalau dah 3 org ke kuala lumpur takkan la claim 3 teksi berlainan.... lu pikir la sendiri.... hehehehe
pengurusan tak berminat nak menjawab surat itu secara bertulis melainkan ada isu2 mendesak....
surat layang oh surat layang... mujur 5 pkara aje... hehehe
ReplyDeletepusat oh pusat..jangan pening kepala yer..
ReplyDeletekak liya - yg ni takde cc ke perdana menteri, timbalan perdana menteri, sprm dan balai polis... hehehehe
ReplyDeleteustazah izzah - tak pening kepala pun.... saje je post sinih.... takde idea nak letak new entry