terkini....

MCA mahu Akta Media Cetak disemak semula
February 19, 2011

Dr Chua berkata landskap media telah banyak berubah. —
KUALA LUMPUR, 19 Feb — MCA menyarankan penubuhan sebuah panel bagi menyemak semula Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 supaya Menteri Dalam Negeri tidak diberi kuasa mutlak atau budi bicara dalam melulus atau membatalkan permit penerbitan.

Friday, July 31, 2009

h1n1

h1n1 punya cerita le nih... pagi tadi ke pasar nampak 2-3 org memakai topeng muka. ala. yg sekeping rm1.50 walaupun harganya sebenarnya 80sen jer. pusat pun pergila ke farmasi untuk beli topeng ni. ye ler.. harinikan ada semayang jumaat. nak bikin gempak kat mesjid harini. sembahyang jemaat bertopeng gaban.
sesampai je di mesjid, kejutan tak menjadi. dah ramai yg memakainya. ermmm.. takper la.. pusat pakai jer le. masa semayang punyalah ramai yg batuk dan bersin... huihh... kalau tak sihat better semayang zohor je la. kan leh gugur kewajipan solat jumaat bg yg disyaki penyebar wabak.

tp tak per.. pusat pakai topeng gaban. habis je semayang pusat tak tunggu doa pun. terus je balik. bukan ada apa pun... sebab tak mo bersalam.... risau le juga... body contact dengan pembawa h1n1 ker... tak pasal2 masuk spital.

rupa2 nye di kala nak cepat tu berlaku lagi kejadian dulu. seliper kena kidnapppp... pusat letak pun jauh dari org lain letak. sebab takmo berebut2 dengan pembawa penyakit....ingatkan pusat paling awal keluar masjid. rupa2nya ada lg awal.... dah le parking jauh... pusat ape lg... bedal le sliper lain yg lebih kurang sama dengan sliper pusat dan terletak di tempat yg sama. pusat anggaple org tu salah ambil... konon2 le nak elak h1n1.. tergadai sliper ermmm...

Thursday, July 30, 2009

terkejut beruk yg hensem....

tengah malam tadi sebelum masuk tido mrs suruh pusat angkat baju di ampaian. sejak menggunakan wheelchair ni macam2 le tugas yg terpaksa pusat ambil alih dari dia. alasan kali ni ialah tak sampai. baju di sidai tinggi. dah tu pulak nak ke belakang rumah terpaksa turun 3 step anak tangga. oleh kerana pusat adalah suami mithali lagi hensem, kena la menolong.... hehehe

jeng jeng jeng...

buka2 je pintu belakang... aaaarrrhhhhh... kelihatan satu muka bercahaya betul2 di pagar belakang rumah pusat. nak kata hantu... mungkin juga... nak kata bukan hantu... hantu kot.... cepat2 pusat tutup pintu belakang.... dan baca apa2 surah yg ingat.... ehh baca ke tak baca pun tak ingat.... dah terkejut....

dah lama lepas tu terdengar bunyi seperti org membuka pintu dan ditutup kembali.... pusat tak pusat hati dan pusat mengintai dari tingkap dapur....

laaaa..... jiran belakang rupanya... kenapa muka bercahaya?

Wednesday, July 29, 2009

aik2... parking

pagi tadi pusat g semula ke lokasi entri lepas.... masih sama... sign vvip di parking oku. oleh kerana securiti takde , jadi pusat dengan hensemnye mengalihkan sign vvip itu ke petak kuning pili bomba dan pusat parking kat petak oku.

haha..

petang tadi pusat ambil kereta ternampak le securiti tu menjeling semacam...
sape suruh mengular...

Saturday, July 25, 2009

aik...

pagi tadi

jaga - encik tak boleh parking di sini
pusat - kenapa tak boleh?... tak nampak isteri sy ni?
jaga - tak boleh encik. ni tempat vvip
pusat - loh.... suda tuka ka?

image from google

Monday, July 20, 2009

surat layang....

sebelum mesyuarat bulanan berlangsung semalam, pusat di beri sepucuk surat yg tiada tandatangan ditujukan kepada pengurusan sykt. dalam erti kata pusat kot. dalam surat itu terkandung 5 perkara yg di highlight untuk rujukan pengurusan.

1. di harap pihak atasan syarikat tidak pilih kasih dalam perlantikan sub-kon seperti yang sedang diamalkan.

2. kerap saya dapati pn a****a menyalahgunakan kemudahan pejabat untuk menyiapkan tugasan pembelajarannya. diharap pihak pengurusan dapat melakukan tindakan.

3. saya turut dapati pn in* kerap menyalah gunakan kenderaan syarikat dan kerap lewat mengambil kakitangan offshore di airport ketrih

4. pn j* kerap menuduh kakitangan tanpa usul periksa.

5. diharap juga pihak pengurusan tidak memotong tuntutan pekerja seperti yg berlaku sekarang ini.

terkejut juga la pusat bila membaca surat layang ni. sehingga kini pusat masih tidak tahu siapa penulis surat ini. oleh kerana surat layang ini bukan bersifat mendesak, pihak pengurusan tidak berminat untuk memperbesar2kan isu ini. full stop.

pusat berpendapat ( bukan pendapat pihak pengurusan)

perkara 1. lantikan dilakukan oleh tender board. memang selalunya dapat pada sykt kawan2. bukan sebab rasuah atau pilih kasih. tetapi kami lebih percayakan org yg tidak mendatangkan byk masalah. tender tetap dibuat walaupun kontraktor dah dipilih. (normal ler.... gomen pun buat)

perkara 2. pn a****a adalah salah seorang pemegang saham sykt. bukannya dia songlap duit pun. setakat kertas a4, komputer, print, fotostat dan alatulis... bukan rugi sgt pun....

perkara 3. pn in* juga adalah salah seorang pemegang saham dan yg pasti dia isteri pusat... dah tu?.... suka hati dia la nak pakai storm sykt.... yg lambat ambil kakitangan tu pulak... ermmm.. sebenarnya bukan kerja dia ambil staf kat airport.. dia hanya menolong.. kalau dia terlambat pun tidak boleh dipersalahkan....

perkara 4. pn. j* pun salah seorang pemegang saham.... antara yg utama pulak tu.... memang dia berhak marah staff pun... no komen...

perkara 5. pemotongan hanya dilakukan mengikut logik... kalau dah 3 org ke kuala lumpur takkan la claim 3 teksi berlainan.... lu pikir la sendiri.... hehehehe

pengurusan tak berminat nak menjawab surat itu secara bertulis melainkan ada isu2 mendesak....

Friday, July 17, 2009

durian

mak - a**m.. bila nak baliknyer.... byk beno deroyan ni.. dah tak mandang dahh
pusat - tak leh balik la mak. ina masih dikuarantin
mak - minggu depan mak datang ye...
pusat - uiksss.... tak payah susah-susah la mak
mak - apenye susah nye. susahnya bile nak tunggu kamu balik jer..
pusat - mak paham2 la ngan ina tu. sekarang bau durian pun tak boleh. tapi kalau mak nak datang juga... mak bawak je durian parit tu bebyk skit.... hehehe
mak - ishhh.. kamu.. itu yg diingatnye. jaga ina bebaik
pusat - okie dokie....

petikan perbualan telefon dengan my mom..... yesss.. minggu depan my mummy and my daddy nak datang.... merasa juga le durian parit... org perak kalau dengo je durian parit.... mata sego.... durian parit ni kalau dimakan berselang seli dengan rambutan gading... pergghhhh... boleh meningkatkan paras glukos dalam darah.... dan boleh menyebabkan org kencing manis diserang strok kalau over sgt.....

dulu masa di kg.... rambutan ni kira petik je depan rumah... belakang rumah pun ada.... pokok durian datuk pulak ada di kg gajah, batu gajah, tronoh dan parit... tapi tak boleh petik... gilo ker nak petik durian.... nak masuk ke kebun durian pun pakai helmet.... kang dihempap.. tumpoooo...

action.... cutt.....

4 org?... apsal bertiga je kat tv


????

Thursday, July 16, 2009

opis suci....

minggu lepas opis secara sukarela membuat ujian dadah untuk kakitangan offshore....
dan resultnya 4 org kakitangan positif dadah... oleh kerana mereka tidak berpuas hati, maka ujian kedua telah dijalankan dan didapati hanya 3 org dikalangan mereka tetap positif...
dan dengan ini, dengan kuasa yg ada, dan berdasarkan peruntukan yg ada, peraturan yg ditetapkan.... pusat dengan ini mengisytiharkan penamatan kontrak ke tiga2 kakitangan berkuatkuasa jam 4.59pm petang tadi. segala rayuan tidak akan dilayan....

sebenarnya rayuan memang boleh di buat tetapi memandangkan projek pun dah kurang.... terpaksalah kami tidak melayan rayuan.. kalau didesakpun mungkin kami menerima penjelasan tetapi rayuan tetap di tolak. actually kami dah tahu ada aktiviti tak bermoral ni dah lama.. tetapi kami bertindak sekarang untuk memastikan company suci dari najis dadah.... ( atau sekadar alasan mengurangkan kakitangan?)

seorang kakitangan wanita sedang bercuti bersalin. memang membebankan. terpaksa bayar kos hospital dan cutinya berbayar. bermula dari bulan lepas kami tidak menerima staf wanita terutama yg berpotensi untuk bersalin. zalim kan.... huhuhuh....