hari ni syarikat ada buat sesi interview untuk jawatan jurutera. ada 3 calon berkelayakan. 2 perempuan dan seorang lelaki. hanya ada satu jawatan kosong yang perlu di isi bermula februari 2009.
oleh sebab pusat adalah merupakan salah seorang penemuduga.. pusat ada menyelitkan soalan2 berbentuk isu semasa. pusat tak berminat dengar calon2 ni menipu. konon sanggup bekerja lebih masa, sanggup belajar dan mcm2 jenis sanggup la...
calon 1 (perempuan)
Pusat - Apa isu semasa yang paling mendapat perhatian di semua media massa ketika ini.
Calon - Pilihanraya Kuala Trengganu
Pusat - Siapa yang bertanding?
Calon - BN dan Keadilan.
* Keadilan?.. ermmm nampak sgt le tak ambil perhatian. tak baca newpaper kot. jawapan sebenar ialah belum pasti sebab borang penamaan belum dihantar. sesi ni mula 8 pagi penamaan dibuka jam 9 pagi... huhuh..
calon 2 (lelaki)
Pusat - Apa isu semasa yang paling mendapat perhatian di semua media massa ketika ini.
Calon - Isu Palestin
Pusat - Apa yang berlaku
Calon - Israel menyerang Palestin
Pusat - Aik.. bukanke diorg serang semenanjung gaza?
Calon - Tak lah. Tebing barat pun diorang serang.
* mana punya info dia dapat. nampak sgt le tak ambil berat
calon 3 (perempuan)
Pusat - Apa isu semasa yang paling mendapat perhatian di semua media massa ketika ini.
Calon - Serangan rejim zionis terhadap rakyat palestin
Pusat - Sebagai org islam apa yg perlu kita lakukan?
Calon - Kita boikot produk2 israel
* wau... calon ni menjawab dengan penuh semangat. memang calon yang pusat suka. yakin dengan jawapan.
Pusat - Apa produk Israel yang paling banyak digunakan di Malaysia
Calon - Proton Saga...
hahaha... Proton Saga dijawabnya... sgt kondifen gitu...
ReplyDeleteerm, agak2 calon mana yg bjaya yek??? hua hua hua...
calon ke 3 paling klakar.... :)
ReplyDeletekak liya - kalau ikut penilaian awal memang calon no3 paling tinggi markah nye... pusat dah setuju cuma kertas kerja perlu diluluskan oleh mrs pusat. huhuhu.... maklumlah calon pompuan...
ReplyDeleteieyna - kelakar dan cute... ekekeke
dah agak dah... untungnya sapa yg no.3 itewwww... tahniah yek...
ReplyDeletejwp silap dan ada unsur2 kelakar pun d terima ke?....amat tersasar jawapan dia....
ReplyDeletekak liya - org ganu je....
ReplyDeletekak intan - dia high mark on technical matter... isu semasa ni pusat hanya nak tengok cara dia menjawab sahaja... berkeyakinan.. lgpun dlm bidang construction, kita tak leh mengaku salah walaupun salah... ekekek
pergghh... tgk le level of konfiden dia... jgn silap pilih udah le yek.. huhuhu...
ReplyDeletexpe lah...ko mesti ada kreteria pemilihan tersendirikan...janji calon yg bermutu gitew...
ReplyDeletetp berdasarkan pengalaman aku itvw budak2 masuk U....ganeral knowladge amat2 penting utk kreteria pemilihan aku...bila tanya isu penting ari tu pun x tau jwp..aku amat2 hangin...
pusat..wanie rs..calon ke 3 tu pakai kereta sorong kot..haha
ReplyDeleteIntan... teringat kat ofisboy kat ofis aku nih... anney Muthuuu... sgt2 bmutu, okek... ngeh ngeh ngeh...
ReplyDeletekak intan - ada satu ipta tu memang sykt pusat da tak terima. byk komplen diterima dari lulusan ipta ni. rasuah jgn ckp le... malu pusat... jd utk mengelakkan termalu lg.. calon dari ipta ni memang tak diterima langsung... cuma takleh la diberitahu dalam iklan.. nanti kena tindakan lak sykt ni... termasuk latihan industri... reject...
ReplyDeletewanie - dia pakai gen-2 (ekeekek... pusat siap skodeng dari bilik... :)
kak liya - hidup lg dia ek... wakaakak