terkini....

MCA mahu Akta Media Cetak disemak semula
February 19, 2011

Dr Chua berkata landskap media telah banyak berubah. —
KUALA LUMPUR, 19 Feb — MCA menyarankan penubuhan sebuah panel bagi menyemak semula Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 supaya Menteri Dalam Negeri tidak diberi kuasa mutlak atau budi bicara dalam melulus atau membatalkan permit penerbitan.

Monday, May 31, 2010

confuse

sabtu lepas ada seorg call pusat. dia mengaku anak kepada haji ha (kenalan pusat masa duduk di klang). dia bgtau haji ha dah meninggal bulan lepas. jadi dia bertanya pusat samada hutang haji ha dengan pusat dah settle atau belum? pusat pun confuse ler... bila masa pulak haji ha berhutang dengan pusat?

anaknya bertanya tentang sebuah motosikal yamaha 100 sport yg digunakan arwah. dia bgtau moto tu nama pusat. dia tak tahu. dia tahu pun sebab nak jual moto tu sebab dah tak guna. dia terkejutla sebab moto tu nama pusat. pusat terkejutle juga. bila masa pulak pusat ada moto yamaha tu. memang pusat mcm pernah guna moto tu tp tak tahu le moto siapa.

pusat pun call le mak@mummy@ma@umi@bank pusat... hehehe... mak pusat pun tak ingat pasal moto tu sgt... yg dia tahu dia pernah beli sebuah moto guna nama pusat... dan haji ha tu pun kira rakan seperguruan ayah pusat.... isk isk... nasib baik la keturunan haji ha tu bukan merempit... kalau tak.. tak pasal2 byk saman terpaksa pusat tanggung....

bila ditanya ayah pusat... ayah ckp memang haji ha tak dpt bayar hutang tu... ayah dah bgtau haji ha dulu.... selagi hidup ayah suruh dia guna je motor tu.... maknanya waris2 haji ha perlu pulangkan motor tu semula setelah haji ha meninggal.... ooooo.. baru le pusat tau....

pusat dah call anak arwah dan menceritakan kisah sebenar dan dia pun setuju sebab tu perjanjian arwah dengan ayah pusat. dia ikut je. ater.. mak pusat suruh ambil moto tu bawa ke kertih.... uiks... sape nak pakai nyer.....

Friday, May 28, 2010

bukan cerita kelakar...kisah benar...

A dan B me'round' subang. nak cari ibu pejabat telekom atas urusan kerja. puas me'round subang tak jumpa-jumpa ibu pejabat telekom tu. mereka singgah ke sebuah 'sykt/ kilang'. terus la ke pondok pak guard. konon2 nak bertanya arah ler.

B turun dan bertanya pak guard arah ke ibu pejabat telekom. tak semena-mena pak guard 'berlagak nak mampus' ckp

'Sini takde telekom. sini tempat belajar bawa kapal terbang jer!!! kamu kena keluar dari sini'

Terkejut B dan A apabila dimarah oleh pak guard tempat belajar bawa kapal terbang tu. mak aih... bila masa pulak A dan B nak bayar bil kat tempat tu? bertanya arah pun salah.

lepas tu mereka pun keluar lah dari tempat belajar bawa kapal terbang tu dengan menyumpah2. bodoh punya pak guard.

Dalam perjalanan terjumpa satu road block. Bukan JPJ tapi polis. A pun memberhentikan kereta dan B pergi bertanya arah pada polis-polis tersebut. Dengan lemah lembut (walaupun mereka dah berpanas buat sekatan jalan raya - berlainan dengan pak guard tu yang biliknya ada aircon dan berteduh) mereka menunjukkan arah siap dengan lukis peta bawah terik matahari.

bangang punya pak guard. Bila search kat internet. Rupa2nya 'sekolah belajar kapal terbang tu' sykt maintenance dan repair kapal terbang....

Tuesday, May 25, 2010

mesin fotostat....


Saya ada sebuah mesin fotostat. Tiap-tiap hari saya menggunakan mesin fotostat ini. Mesin fotostat ini saya beli daripada seorang rakan. Walaupun mesin 'rekon' tetapi banyak jasanya untuk syarikat.

Tetapi sejak kebelakangan ini saya dapati mesin fotostat saya ini dimanfaat sepenuhnya oleh pekerja-pekerja saya. Sehinggakan ada yang meng'fotostat' buku kerja anak.

Pagi tadi mesin fotostat itu rosak. Kawan saya yang menjual mesin fotostat tersebut datang untuk melakukan pembaikan. Rupa-rupanya ada kertas tersangkut. Saya sungguh marah. Takkanlah kertas tersangkut tidak boleh dibaiki sendiri.

Selepas saya membayar kawan saya, saya pun menyambung buat kerja. Dan mesin fotostat itu hidup aman damai.












lol....

Monday, May 24, 2010

wonderpet fifi 2....

kalau le kome ingat lg en3 tahun lepas wonderpet fifi... ni ada sambungan nya...

kelmarin @semalam (bahasa org sini) pusat ternampak fifi bawa bakul wonderpet lama dia.... seriau pusat bila teringat balik.... pusat tanya le mrs.... camne ular fifi.... mrs ckp ular tu dah kena makan.... uiks.... ganas bno fifi tu... sampai ular kena makan...

bila dah tau ular fifi kena makan pusat pun secara otomatik keluarla jumpa fifi... heheh (ye ler... comfirm ular aritu dah mati)...

'mana perginya ular aritu fifi?'
'hilang... ular lari' jawabnya

laaaa..... mesti ular tu ada dekat2 sini.... mrs ckp dah mati... huhuh... 'dah tu apa fifi bela tu?'...
'fifi bela baby' jawabnya.

pusat pun pelik.... terus le pusat tengok bekas wonderpet tu...' eh betul.. memang baby.... hahaha.. ada 2 anak patung kecil... siap ada lambang tesco....

nak ketawa atau kesian.... ermmm...

Thursday, May 20, 2010

tengok apa dulu...?

semalam dok nyembang dengan mrs.... sambil2 pusat tengok tv cerita shaun the sheep, mrs selak2 majalah omputeh....

tetiba je dia tanya.... apa yang pusat tengok dulu sekiranya melihat perempuan ?

aik... soalan perangkap aper..... dia cuma nak tahu.... sebab mengikut majalah tu majoriti tengok ke payudara... ekekekekek



isk... mrs nih... pusat bukan mcm kebanyakan lelaki2 di luar tu.... kengkadang pompuan bertudung labuh pun menjadi mangsa... tengok seolah2 baju boleh tembus.... kalau nyembang dengan kawan2 pun ramai yg tengok di situ... ape la nak jadi.... kurang sopan benar...











=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
pusat tengok punggung....

Wednesday, May 19, 2010

lapar giler wehhh.....

bila la meeting ni nak abis..
pusat lapar giler nih...
tak sempat sarapan tadi.....
pot pet pot pet pengerusi membebel..
takde kaitan dengan comp pusat pun...
bg le org tak berkenaan balik dulu...
ni dok pot pet pot pet....

cepat le skit....
baling botol mineral ni karang....
menyampah tengok.....
bbbiizzzzzzz.. zizzzzzzz









update

kenyang dah....
lepasje meeting tadi terus keluar....
takde nak salam2 dengan pengerusi...
takde masa nak bodek2...
'terima kasih tuan pengerusi, hasil mesyuarat ni nanti kita tengok bulan depan...'
takdenye...
pusat terus blah...

restoren
nasi putih + kari kambing + ulam jantung pisang
itu je yg berkenan...
yg lelain dah dilahap oleh mat2 dan minah2 loji...
jadi ler....
bluuurrpppp...alhamdulillah



Tuesday, May 18, 2010

selamat hari guru


selamat hari guru kepada semua tenaga pengajar di malaysia. terutama kepada blogger cikgu rozi, cikgu anis, ustazah izzah , kak yong , cikgu nina dan semua yg mengenali pusat.... ermmm tak lupa kepada cikgu zety dan cikgu aina.... :P

sory.. lambat wish... heheh

alasan tak online

1. lupa password (ok tak?)
2. bz (alasan biasa)
3. line kena potong
4. elektrik kena potong
5. air takdek.....

heheehehhe